27.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Konsert KRISTAL OG 25 Tahun Perjalanan, Bergema Dengan Lebih 25,000 Peminat Di Zepp KL

    Shopee Sale

    Buat pertama kalinya, Pertubuhan Kasih KhaiRosma (PKKR) berjaya merealisasikan penganjuran konsert sulung mereka menerusi Konsert KRISTAL OG 25 Tahun Perjalanan yang telah berlangsung pada 1 Mei lalu di ZEPP Kuala Lumpur.

    Artikel Berkaitan: ‘Kami Akan All Out Di Konsert Kristal OG 25 Tahun Dalam Satu Malam’ – Lan Solo

    Artikel Berkaitan: Kristal Raikan 25 Tahun, Bakal Satukan Semua Ahli Dalam Konsert Paling Epik

    Terdapat 10 segmen berbeza

    Buat pertama kalinya, Pertubuhan Kasih KhaiRosma (PKKR) berjaya merealisasikan penganjuran konsert sulung mereka menerusi Konsert KRISTAL OG 25 Tahun Perjalanan yang telah berlangsung pada 1 Mei lalu yang bertempat di ZEPP Kuala Lumpur.

    Walaupun sudah memasuki minggu berikutnya, kemeriahan konsert tersebut masih menjadi bualan peminat setia.

    Hal ini kerana ia bukan sekadar persembahan biasa, sebaliknya menjadi tanda ulang tahun ke-25 perjalanan kumpulan itu dalam industri muzik rock tanah air.

    Pada malam penuh bersejarah itu, lebih 35 buah lagu dipersembahkan menerusi 10 segmen berbeza yang sarat dengan nostalgia, termasuk segmen ‘Tribute to Sifu Dato Awie’ serta segmen ‘Suatu Kenangan’ yang diadakan sebagai penghormatan kepada dua bekas ahli kumpulan yang telah meninggal dunia.

    Selain itu, sekitar 2,500 peminat membanjiri lokasi konsert dan turut sama menyanyikan lagu-lagu popular mereka, sekali gus menikmati pengalaman muzik secara langsung yang bertenaga dengan sokongan produksi pentas bertaraf tinggi.

    Seterusnya, tirai pembukaan Konsert KRISTAL OG 25 Tahun Perjalanan dimulakan dengan segmen awal yang membawa penonton mengimbau kembali detik permulaan perjalanan seni mereka dalam industri muzik.

    Hadiah buat peminat

    Dalam pada itu, Lan menyifatkan penganjuran konsert itu sebagai tanda terima kasih kepada para peminat yang sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi sejak dahulu hingga kini.

    Konsert ini merupakan hadiah buat peminat setia yang selama ini memberi sokongan yang kuat kepada Kristal secara keseluruhan.

    Ia juga menjadi simbol penghargaan buat semua yang membesar bersama muzik Kristal dari era CD, radio, hingga ke era digital hari ini.

    Selain itu, Lan turut menjelaskan bahawa sambutan ulang tahun ke-25 itu amat bermakna kerana ia mencerminkan perjalanan panjangnya dalam dunia seni sejak usia muda.

    Sepanjang kami terbitkan album sebanyak 13 buah album, ahli anggota kami bertukar-tukar tetapi konsep dan genre muzik tetap sama dan hanya dinyanyikan oleh Lan Solo.

    Jatuh bangun perjalanan Kristal sepanjang 25 tahun ini kami telah lalui pelbagai cabaran, dugaan, sedih, gembira, ada rakan kumpulan yang bertukar tetapi ianya tidak mematahkan semangat kami untuk terus berkarya.

    Sehingga kini kami masih lagi relevan di telinga peminat, syukur Alhamdulillah.

    Dalam masa sama, keunikan konsert tersebut turut diperkukuhkan dengan penampilan tiga set dram yang dimainkan oleh tiga pemain dram berbeza, menjadikannya antara elemen istimewa persembahan malam itu.

    MENARIK:  ‘Tak Pernah Menghakimi Orang Yang Tak Memasak Di Rumah’ – Intan Najuwa

    Di samping itu, ketiga-tiga mereka tampil mempersembahkan skil mengikut turutan era album daripada yang pertama hingga album ke-13.

    Persembahan itu kemudian diakhiri dengan gabungan mereka di atas pentas secara serentak, sekali gus memberikan impak serta tenaga luar biasa kepada keseluruhan persembahan.

    Sehubungan itu, pihak produksi Konsert KRISTAL OG 25 Tahun Perjalanan turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Komunikasi menerusi MyCreative Ventures atas sokongan berterusan dalam memperkukuhkan industri kreatif melalui Dana Kandungan Kreatif, Industri Muzik serta Dana Persembahan Muzik.

    The post Konsert KRISTAL OG 25 Tahun Perjalanan, Bergema Dengan Lebih 25,000 Peminat Di Zepp KL first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah