24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kongsi Video Azlan Komeng Kemas Barang Keluar Rumah, Coretan Nilam Ortiz Meruntun Hati – ‘Saya Tetap Mendoakan Dari Jauh’

    Shopee Sale

    Nukilan yang ditulis oleh usahawan Nur Nilam Ortiz kepada bekas suaminya yang juga aktor, Azlan Komeng telah menyorot perhatian ramai.

    Artikel Berkaitan: ‘Aku Tutup Pintu Hatiku Untuk Sesiapa Yang Mendekati’ – Nilam Ortiz Pilih Fokus Besarkan Anak

    MENARIK:  [VIDEO] Almy Nadia Seronok Makan ‘Shell-Out’, Netizen Prihatin Fasal Kesihatan Diri – ‘Anak-Anak Masih Kecil’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nilam Ortiz & Azlan Komeng Berpisah? – ‘Ini Adalah Kegagalan & Ruang Untuk Menjadi Manusia Lebih Baik’

    Menghargai Azlan

    " data-video-id="7617108841028717845" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @puan_nilamortiz

    Kita berjumpa tanpa pernah merancangnya. Namun kita pernah berjanji untuk berjalan bersama sepanjang hayat. Enam tahun… terlalu banyak yang kita lalui bersama. Ada luka yang orang lain tak pernah tahu. Ada kehilangan yang hanya kita berdua yang pernah rasa. Dari saat kita kehilangan anak-anak kita… sampailah Allah menghadirkan seorang anak lelaki dalam hidup awak yang awak tunggu selama ini. Saya tahu betapa besar makna kehadiran dia dalam hidup awak. Dan saya juga tahu, di situlah jalan hidup kita mula berubah perlahan-lahan. Awak pernah menjadi lelaki yang sangat menjaga saya. Menghormati saya. Mencintai saya. Dan menerima saya apa adanya… ketika saya sendiri tidak tahu bagaimana mahu berdiri semula selepas kehilangan. Benarlah kata orang… tidak semua yang kita sayang ditakdirkan untuk kekal bersama kita. Ada yang hadir hanya untuk menemani sebahagian perjalanan hidup kita, kemudian pergi membawa separuh kenangan yang kita takkan pernah lupa. Terima kasih, Azlan Komeng… kerana pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup Nilam Ortiz. Awak lelaki yang hebat. Semoga Allah mudahkan setiap langkah hidup awak selepas ini. Dan jika suatu hari nanti hidup terasa terlalu berat untuk awak… ketahuilah, saya tetap di sini mendoakan dari jauh. Dan di sinilah kita berhenti. Selamat berjuang untuk hidup awak.@AzlanKomeng #NilamEmpire #DariKasihSeorangIbu #foundernilamempire #IlmuHerbaNilam #1hari1herba

    ♬ Doa Untuk Kamu – Aviwkila

    Menerusi perkongsian di TikTok, Nilam memuat naik video yang memaparkan Azlan sedang mengemas barang-barang miliknya sebelum meninggalkan kediaman mereka.

    Pada ruangan kapsyen, Nilam mengimbas kembali suka duka yang dilaluinya dengan bekas suami semasa melayari bahtera perkahwinan bersama.

    Kita berjumpa tanpa pernah merancangnya. Namun, kita pernah berjanji untuk berjalan bersama sepanjang hayat.

    Enam tahun…terlalu banyak yang kita lalui bersama. Ada luka yang orang lain tak pernah tahu. Ada kehilangan yang hanya kita berdua yang pernah rasanya.

    Dari saat kita kehilangan anak-anak kita, sampailah Allah menghadirkan seorang anak lelaki dalam hidup awak yang awak tunggu selama ini.

    Saya tahu betapa besar makna kehadiran dia dalam hidup awak. Dan saya juga tahu, di situlah jalan hidup kita mula berubah perlahan-lahan.

    Bagaimanapun, Nilam reda dengan ketentuan Ilahi bahawa jodoh mereka tidak panjang, namun tetap menghargai Azlan sebagai seorang figura yang pernah melengkapi hidupnya sebelum ini.

    Awak pernah menjadi lelaki yang sangat menjaga saya. Menghormati saya, mencintai saya. Dan menerima saya apa adanya, ketika saya sendiri tidak tahu bagaimana mahu berdiri semula selepas kehilangan.

    Benarlah kata orang, tidak semua yang kita sayang ditakdirkan untuk kekal bersama kita. Ada yang hadir hanya untuk menemani sebahagian perjalanan hidup kita, kemudian pergi membawa separuh kenangan yang kita takkan pernah lupa.

    Terima kasih, Azlan Komeng kerana pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup Nilam Ortiz.

    Dalam masa yang sama, Nilam berkata, dia tetap mendoakan agar perjalanan hidup Azlan dipermudahkan oleh Allah SWT.

    Awak lelaki yang hebat. Semoga Allah mudahkan setiap langkah hidup awak selepas ini.

    Dan jika suatu hari nanti hidup terasa terlalu berat untuk awak, ketahuilah, saya tetap di sini mendoakan dari jauh.

    Dan di sinilah kita berhenti.

    Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada September tahun lalu.

    Nilam juga mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu yang kini berusia enam tahun.

    Sumber: TikTok

    The post Kongsi Video Azlan Komeng Kemas Barang Keluar Rumah, Coretan Nilam Ortiz Meruntun Hati – ‘Saya Tetap Mendoakan Dari Jauh’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah