
Pelakon Datin Almy Nadia meraih perhatian wargamaya ketika sedang menjamah hidangan ‘Shell Out’ bersama anak perempuannya di rumah.
Jaga kesihatan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah dilihat sedang menikmati dan mempromosikan hidangan ‘Shell Out’.
Pada perkongsian itu, kebanyakan netizen turut memuji cara Almy menikmati hidangan ‘Shell Out’ tersebut sehingga membuatkan rata-rata yang menonton turut lapar.
Bagaimanapun, netizen dilihat prihatin terhadap keadaan tubuh badannya yang berisi.
Netizen prihatin




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kerisauan terhadap berat badan Almy yang tidak terjaga. Selain itu, warganet turut menitipkan pesanan untuk bersenam agar dijauhkan daripada segala penyakit.





