31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kmy Kmo & Luca Sickta Cerita Tentang Realiti Kehidupan & Godaan Dunia Dalam ‘Kertas Wangi’

    Shopee Sale

    Duo rap berpengaruh tanah air, Kmy Kmo dan Luca Sickta, terus berpegang teguh dalam usaha mengangkat adat serta khazanah budaya ke persada seni arus perdana.

    Artikel Berkaitan: 30 Buah Lagu Bakal Berentap Di SFMM37 Pada Jumaat & Sabtu Ini

    Artikel Berkaitan: Kmy Kmo Kongsi Maksud Di Sebalik Nama Pentas – ‘Ibu Saya Seorang Pesakit Kanser’

    Refleksi mengenai realiti kehidupan

    Mereka sekali lagi mencabar pemikiran pendengar menerusi pelancaran single terbaharu mereka berjudul Kertas Wangi.

    Selari dengan perjuangan seni yang mereka bawa, Majlis Pelancaran Single dan Sidang Media Kertas Wangi yang berlangsung pada Sabtu lalu diadakan di Pasar Seni (Central Market), sebuah bangunan warisan ikonik yang sinonim sebagai nadi seni dan budaya di Malaysia.

    Majlis berkenaan turut diserikan dengan acara penyerahan plak single Kertas Wangi daripada Pengarah Urusan Sony Music Entertainment Malaysia, Singapura, Vietnam & Projek Khas Asia Tenggara, Kenny Ong, kepada Kmy Kmo dan Luca Sickta.

    Lebih menarik lagi, acara ini berlangsung serentak dengan penganjuran Hari Kantin by Pasar Seni anjuran Pesta Kita, yang diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula 23 Januari hingga 25 Januari.

    Dengan menggunakan wang sebagai metafora kepada dunia material, Kertas Wangi tampil sebagai sebuah refleksi jujur mengenai realiti kehidupan manusia yang dibelenggu dengan tekanan sosial, pencarian status serta godaan duniawi yang bersifat sementara.

    Lagu ini diterbitkan di bawah Sony Music Entertainment Malaysia, ianya hadir sebagai karya rap kontemporari yang sarat dengan mesej, namun tetap mudah dihadam melalui susunan muzik moden yang digarap secara teliti dan seimbang.

    Manusia terpedaya dengan janji

    Single ini membawa mesej yang jelas tentang bagaimana dunia sering memperdaya manusia dengan janji-janji indah yang melalaikan.

    Menurut Kmy Kmo, metafora Kertas Wangi menggambarkan bagaimana nilai wang mampu mengaburkan nilai sebenar kemanusiaan.

    Inspirasi lagu ini lahir daripada pemerhatian saya terhadap kehidupan kita seharian.

    Kita semua diuji dengan pelbagai cabaran dan godaan dunia.

    Kadang-kadang kita sendiri tidak sedar bahawa berlumba gaya, tekanan hidup dan mengejar perkara material boleh mengaburi hati dan nilai budi.

    ‘Kertas Wangi’ adalah cerminan diri bagi saya dan sesiapa yang mendengarnya.

    Bagi Luca Sickta pula menjelaskan bahawa lagu ini bukan sekadar pengalaman peribadi, namun ia lebih kepada refleksi umum tentang perjalanan hidup yang penuh ujian.

    Lagu ini bukan sekadar pengalaman peribadi. Ia lebih kepada refleksi umum tentang perjalanan hidup yang penuh ujian.

    Mesej paling penting adalah, jangan biarkan dunia material menguasai hati dan jiwa kita.

    Itu mesej yang saya mahu pendengar bawa pulang.

    Kertas Wangi menampilkan kematangan artistik serta keserasian kreatif yang semakin utuh antara dua pengkarya muda ini.

    Proses penghasilan lagu ini dilalui dengan penuh rasa hormat, keterbukaan idea dan saling melengkapi.

    Berkongsi lebih lanjut, Kmy Kmo mendedahkan cabaran terbesarnya adalah untuk menyatukan dua individu yang mempunyai pelbagai idea kreatif bagi menghasilkan nashkah ini.

    Cabaran terbesar adalah menyatukan dua ‘kepala’ kreatif yang penuh idea.

    Kadang-kadang pandangan kami berbeza, tetapi perbezaan itu membuat karya ini lebih kaya.

    Saya fokus pada lirik dan makna, manakala Luca memberi nyawa melalui muzik dan susunan.

    Gabungan ini menghasilkan sesuatu yang lebih besar daripada apa yang saya bayangkan.

    Sementara itu, Luca Sickta turut menyifatkan kolaborasi mereka sebagai sesuatu yang berlaku secara semula jadi.

    Kerjasama dengan Kmy sangat natural.

    Dia membawa kedalaman kata, saya membawa bentuk pada bunyi dan susunan.

    Setiap lapisan muzik dan lirik saling melengkapi, dan itu yang membuatkan Kertas Wangi terasa sangat organik dan kedengaran jujur.

    Rap, medium sampaikan mesej sosial

    Single ini menjadikan rap moden sebagai medium utama untuk menyampaikan mesej sosial serta refleksi kerohanian.

    MENARIK:  'Ampa Salah Faham: Sharnaaz Ahmad Menceritakan Pengalaman Terkini'

    Ianya diperkaya dengan sentuhan elemen tradisional Pantai Timur seperti Dikir Barat, yang diterjemahkan secara kreatif menerusi ritma, susunan vokal latar, serta harmoni.

    Saya mahu lagu ini kedengaran segar, tetapi masih ada jiwa Melayu.

    Beat tegas dipadankan dengan harmoni moden dan sedikit rasa Dikir Barat, semuanya dirancang supaya pendengar dapat merasai kedalaman emosi.

    Manakala, rap memberi ruang supaya mesej berat tentang tekanan hidup, material dan nilai diri sampai dengan jelas dan jujur.

    Kmy Kmo turut menegaskan bahawa rap adalah medium paling tepat dalam menyampaikan mesej sosial kerana ia dekat dengan anak muda, bersifat terus terang, tetapi juga boleh bersajak.

    Rap adalah medium paling jujur untuk menyampaikan mesej sosial.

    Ia dekat dengan anak muda dan terus terang, tetapi boleh juga puitis.

    Dengan cara ini, mesej spiritual dan nilai budi tetap relevan walaupun dalam muzik kontemporari.

    Bagi Kmy Kmo dan Luca Sickta, Kertas Wangi bukan sekadar sebuah karya muzik, sebaliknya satu peringatan untuk kembali mengenal nilai sebenar diri dan tidak terus terperangkap dalam dunia material semata-mata.

    Saya berharap lagu ini membuka ruang untuk pendengar berhenti sejenak, tarik nafas dan fikir semula tentang apa yang benar-benar penting dalam hidup.

    Walaupun hanya seorang sahaja yang tersentuh dan terinspirasi untuk menilai dirinya kembali, itu sudah cukup besar bagi kami.

    Luca Sickta menambah bahawa selepas ini mereka mempunyai beberapa projek baharu, selain single, mereka juga merancang untuk menghasilkan album penuh.

    Selepas ini kami mempunyai beberapa projek baharu, selain single kami juga dalam perancangan menghasilkan album penuh.

    ‘Kertas Wangi’ hanyalah permulaan bagi fasa seterusnya dalam perjalanan muzik kami.

    Single Kertas Wangi kini sudah boleh didengarkan di semua platform penstriman digital utama seperti Spotify, Apple Music dan YouTube Music bermula 21 November lalu.

    The post Kmy Kmo & Luca Sickta Cerita Tentang Realiti Kehidupan & Godaan Dunia Dalam ‘Kertas Wangi’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah