25.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kisah Emosional Nadia Annuar Menangis Kenang Detik ‘Berpisah’ dengan Anak, Terpaksa Mengambil Ubat Tidur pada Malam Hari

    Shopee Sale



    Menerusi sebuah video podcast, bekas pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI), Nadia Annuar mendedahkan kehilangan hak penjagaan anak, Mohamed Aaron Erwin daripada perkahwinan pertama adalah perkara paling menyakitkan dalam hidupnya.

    Bukan sebab meninggal dunia

    Menurut Nadia, dia terpaksa menanggung kesedihan lebih setahun sehingga terpaksa bergantung kepada ubat tidur gara-gara fikiran terganggu.

    Bagi saya, kehilangan paling besar dalam hidup adalah kehilangan anak. Bukan sebab meninggal dunia, tapi perceraian. Saya terpaksa meninggalkannya pada waktu itu.

    Saya menanggung derita lebih setahun kerana tidak dapat memeluk dan berjumpa dengannya kerana tidak dibenarkan. Itu adalah kehilangan terbesar dalam hidup sehingga saya tidak boleh tidur malam akibat terlalu banyak berfikir.

    Saya risau bagaimana anak terjatuh tangga atau tiada orang tengokkan, beri makan dan adakah orang akan sayang kepadanya seperti saya.

    Saya juga terpaksa ambil ubat tidur. Orang luar ingat fasa ini mudah, lebih lagi, anak saya baru berusia tiga tahun. Saya tidak boleh mengambilnya kerana tiada kuasa.

    Tapi, apa yang berlaku mengajar saya. Kini, saya gembira fasa itu sudah pun berlalu.

    Tambah Nadia, tiada siapa mengetahui penderitaan ditanggung kerana lebih gemar berkongsi soal positif kepada orang ramai.

    MENARIK:  Adira Suhaimi Sarung Gaun Pengantin, Komen Datuk Red Undang Perhatian – ‘Cantiknya..Memang Tak Padan Langsung Dengan Saya’

    Di samping itu, Nadia meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya itu tidak pernah menyalahkannya, sebaliknya mengerti apa yang berlaku.

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Tenang is Good (@tenangisghood)

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah