27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kim Seri Umum Bakal Bernikah Dengan Jejaka Korea Dalam Masa Terdekat – ‘Dia Bujang & Saya Bukan Milik Sesiapa’

    Shopee Sale



    Kim Seri

    Pempengaruh media sosial, Kim Seri mengumumkan bakal bernikah dengan jejaka pilihan hatinya yang berasal dari Korea Selatan dikenali sebagai Choi Amin dalam masa terdekat.

    Umum bernikah

    Kim Seri

    Memaklumkan dirinya kini berstatus ibu tunggal, Kim Seri meminta semua pihak mendoakan yang terbaik untuk majlis pernikahannya.

    Saya tidak menggatal dengan suami orang. Dia masih bujang dan saya pun bukan milik sesiapa. Kami akan berkahwin, minta semua tolong doakan yang terbaik untuk kami.

    Tolong cadangkan untuk hashtag perkahwinan kami. Nama kami adalah Kim Seri dan Choi Amin.

    Kim Seri berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story.

    Menerusi sebuah lagi perkongsian di entri sama, pempengaruh itu berkata, majlis pernikahan di Korea kebiasaanya berlangsung dengan cepat.

    Simple sahaja majlis perkahwinan di Korea, hanya berlangsung dalam 30 hingga 60 minit.

    Pihak perempuan juga tidak perlu pening fikir duit belanja kerana semua diuruskan oleh pihak lelaki dan majlis hanya sekali sahaja.

    Dalam pada itu, Kim Seri turut berkongsi aturcara majlis pernikahan yang bermula dengan perarakan masuk pengantin lelaki ke ruang majlis, diikuti pengantin perempuan, ucapan, sumpah perkahwinan, sesi bersalaman dan bergambar.

    MENARIK:  Scha Elinnea Mengaku Buat Perubahan Pada Wajah, Enggan Ulas Soal Tatu – ‘Semua Orang Pernah Buat Silap’

    Sebelum ini, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu dilaporkan telah bercerai dengan suaminya, bagaimanapun tiada maklumat lanjut tentang penceraian mereka.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah