Usahawan Kieda Crepe berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada awal pagi Jumaat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Ada Sebab Pilih Hospital Kerajaan Untuk Bersalin – ‘Layanan & Wad Sangat Selesa’
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Bangga Tayang Dalam Live, Saya Perut Besar Pun Usaha Puasa’ – Kieda Crepe
Anak ketiga Kieda Crepe

Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Siti Nur Khalieda Yusra memaklumkan bayi lelakinya itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.7 kilogram.
Salam selamat semuanya, yang pasti HERO. Tarikh 27.3.2026, waktu 12.06minit malam, sama birthday Fia.
Baby besar 3.7kg, bersalin normal, jahit sikit sebab sangkut bahu, first degree saja jahit. Terima kasih yang mendoakan.
Dalam hantaran berasingan, Kieda turut menzahirkan rasa penghargaan yang tidak terhingga kepada kakitangan perubatan di Hospital Kepala Batas.
Terima kasih membuktikan hospital kerajaan pun dah cukup selesa untuk bersalin dan suami dapat temankan sampai penghujung perjuangan.
Komen

Sumber: Threads Kieda Crepe
The post Kieda Crepe Selamat Timang Anak Ketiga, Puji Layanan Hospital Kerajaan – ‘Cukup Selesa Untuk Bersalin’ first appeared on OHBULAN!.





