Pendakwah bebas, Jafri Mahmoodi tampil memberi teguran terhadap tindakan seorang pempengaruh yang mencacah tatu dengan alasan berdepan masalah kehidupan.
Artikel Berkaitan: Jafri Mahmoodi Kongsi Kunci Utama Malam Lailatul Qadar – ‘Rugi Kalau Terlepas, Tolong Jaga Sampai Akhir Ramadan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abe Wee Suarakan Kebimbangan Pempengaruh Cacah Tatu – ‘Setahu Saya Tatu Haram Dalam Islam, Tidak Normal’
Haram bertatu dalam Islam
Menerusi teguran yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Jafri menitipkan pesanan agar setiap individu yang memiliki masalah mengambil inisiatif untuk bertemu dengan pakar bagi membantu setiap yang terbuku di minda.
Dalam pada itu, Ustaz Jafri tidak menyalahkan sepenuhnya netizen yang menegur kerana setiap perlakuan zahir yang bertentangan dengan syarak secara tidak langsung mengundang tanggungjawab umat Islam lain untuk menasihati.
Memang kita tak faham apa yang dia lalui. Sebab itu dalam Islam, bila kita berhadapan dengan sesuatu perkara, kita diperintahkan oleh Allah untuk merujuk kepada orang yang lebih mengetahui.
Maka kalau ada perkara yang terbuku di hati atau minda, lebih baik kita berjumpa dengan kaunselor atau alim ulama, asatizah untuk dapatkan nasihat yang baik.
Kita sebagai orang yang beriman, kita ada panduan syariat untuk kita buat sesuatu perkara.
Kita tidak akan mampu faham dalam hati manusia sehingga dia menceritakannya. Kita hanya mampu menilai secara zahir saja.
Sebab itu bila ada tindakan zahir yang bertentangan dengan syarak, maka timbul peranan orang Islam lain untuk menasihati dia.
Bukan sebab kita judge, tapi tanggungjawab seorang mukmin untuk menasihati supaya dia kembali kepada Allah.
Selain itu, Ustaz Jafri menegaskan agar setiap umat Islam membuat segala kebaikan kerana Allah dan bukan manusia semata.
Buatlah sesuatu semua kerana Allah. Kalau buat kerana manusia, kita akan kecewa.
Saya takut ianya akan menjadi satu trend di kemudian hari. Sebab yang buat ini dia merupakan seorang pempengaruh.
Nasihat saya kepada saudara ini, seperti mana indah namanya Iman, saya yakin dia masih ada iman yang sempurna. Kembalilah kepada Allah.
Sumber: TikTok @jafrimahmoodi_official
The post [VIDEO] Jafri Mahmoodi Tegur Pempengaruh Cacah Tatu – ‘Saya Takut Akan Jadi Trend Di Kemudian Hari’ first appeared on OHBULAN!.





