Setelah lama mengidam, usahawan terkenal, Kieda Crepe akhirnya berkongsi kegembiraan apabila dapat merasai nasi kantin sekolah anaknya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Alami Alahan Teruk Sepanjang Hamil – ‘Ia Bukan Biasa-Biasa, Syukur Suami Sabar Melayan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Umum Hamil, Kandungan Masuk Trimester Ketiga – ‘Allah Hadirkan Zuriat Saat Aku Reda Semuanya’
Mengidam nasi kantin

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Siti Nur Khalieda Yusra mengakui ia adalah satu pengalaman yang agak segan untuk diminta kepada suaminya.
Kata Kieda, dia berasa canggung untuk meminta suaminya memenuhi keinginannya kerana malu sekiranya anaknya menyedari kehadirannya di sekolah sedang menikmati juadah tersebut.
Selama mengidam, mengidam ini saja yang segan nak minta suami turutkan sebab malu dekat anak nak makan nasi sekolah mereka.
Setelah sekian lama teringin nasi kantin, harini ambil kesempatan untuk makan masa amik duit.
Dalam hantaran yang sama, Kieda berkongsi gambar hidangan yang diambilnya, nasi putih dan ayam goreng yang dijual hanya dengan harga RM2.
Perkongsian itu kemudian menyorot perhatian orang ramai yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman mereka mengidam mahu menikmati juadah itu.
Komen netizen


Sumber: Threads
The post Kieda Crepe Mengidam Nasi Kantin Sekolah RM2, Akui Segan Untuk Minta Suami Penuhi first appeared on OHBULAN!.





