Penyampai radio, Khairy Jamaluddin mendedahkan mengalami detik cemas apabila hampir pengsan di dasar laut semasa sesi latihan sehari sebelum bersiaran langsung di kedalaman 10 meter bawah paras laut di Terengganu pada minggu lalu.
Artikel Berkaitan: Hot FM Catat Rekod Asean, Siaran Langsung Radio Terdalam Di Laut Terbuka
Artikel Berkaitan: Netizen Puji Hot FM Putar Lagu ‘Justice For Zara’ – ‘Stesen Lain Patut Ikut, Tanda Solidariti’
Topeng terlalu ketat

Ketika ditemui , Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali KJ berkongsi kejadian itu terjadi kerana topeng yang dipakainya terlalu ketat hingga menyukarkannya untuk bernafas.
Hari pertama ketika kami ‘test dive’, saya memakai satu topeng menyelam tetapi terlalu ketat pada bahagian dahi dan muka sehingga memberi memberi kesukaran untuk saya bernafas.
Memang risau sebab hampir pitam di dalam air ketika itu ditambah tekanan air terlalu tinggi.
Pada hari kedua memamg agak risau nak pakai topeng menyelam itu sebab bimbang perkara sama berlaku lagi namun syukur semuanya okay saja.
Khairy berkata demikian pada majlis Misteri kotak dasar laut: Bekpes Hot bongkar rahsia ‘harta karun’ di Balai Berita, Bangsar hari ini.
Bagaimanapun, Khairy meluahkan rasa syukur apabila perkara yang sama tidak terjadi pada hari siaran langsung selama 30 minit bersama tiga lagi penyampai iaitu AG, Johan dan Fara Fauzana.
Bercerita mengenai cabaran, Khairy berkata antara kerisauannya adalah cuaca namun proses bersiaran pada hari kedua berjalan dengan lancar.
Faktor cuaca. Kami memang tidak dapat nak kawal. Jika pada pagi itu berlaku ribut atau arus terlalu kuat, rakaman pasti tergendala.
Kedua, cabaran daripada diri kami sendiri, walaupun selam skuba nampak mudah, tetapi bila perlu bercakap, berenang, mengikut skrip, semuanya menambah risiko.
Ketiga, risiko teknikal. Jika isyarat audio gagal dihantar dari dasar laut ke pasukan produksi di atas bot, ia boleh menjejaskan keseluruhan proses.
Siaran di udara

Sementara itu, Khairy yang sebelum ini pernah menakluk Gunung Kinabulu Sabah pada tahun lalu berharap agar aktiviti yang dilakukan oleh mereka memberi inspirasi kepada umum.
Apabila nampak aktiviti sebegini mendapat respons positif ramai, kami sangat gembira.
Harap dapat beri motivasi kepada orang lain. Sebelum ini selepas kami daki Gunung Kinabalu, ramai juga nak buat sama juga selam skuba.
Malah, Khairy juga menyimpan hasrat untuk bersiaran langsung di udara selepas kejayaan bersiaran secara langsung di kedalaman 10 meter bawah paras laut.
Mungkin nanti kami akan terbang pula dan kami sedang berbincang dengan beberapa rakan strategik untuk jadikan sebagai realiti.
Paling utama saya perlu memujuk AG, Fara dan Johan sebab aktiviti itu lebih ekstrem dan berisiko berbanding mendaki serta menyelam.
Jadi, kami akan bincang terlebih dahulu dan umum kalau sudah ada tarikh.
Pada minggu lalu, penyampai stesen radio Hot FM kembali melakar kejayaan apabila menakluk laut terbuka dengan bersiaran secara langsung di bawah paras laut di Pulau Bidong, Terengganu.
Stesen radio Hot FM melalui Bekpes Hot secara tidak langsung melakar sejarah apabila secara rasmi diiktiraf oleh Asean Records sebagai First and Deepest Outdoor Underwater Live Radio Broadcast in Open Sea by Radio Personalities (10 meters depth for 90 minutes).
The post Khairy Jamaluddin Alami Detik Cemas, Hampir Pitam Sebab Topeng Menyelam Ketat – ‘Itu Terjadi Semasa Hari Pertama Test Dive’ first appeared on OHBULAN!.





