25.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perintah berkurung di Selatan Thai sampai 6 pagi tadi

    Shopee Sale

    Wilayah di Selatan Thailand diletakkan di bawah perintah berkurung dari 10.15 malam Sabtu hingga 6 pagi Ahad, menurut Pasukan Petugas Narathiwat dalam catatan Facebook, lapor Xinhua.

    Menurut kenyataan itu, penduduk mesti mendapatkan kebenaran daripada tentera, polis atau pihak berkuasa pentadbiran tempatan sebelum keluar rumah sekiranya terdapat urusan mendesak.

    Sementara itu, Wilayah Tentera Keempat Thailand menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada berikutan siri insiden keganasan yang berlaku di wilayah sempadan selatan.

    MENARIK:  Tiru telekung: Airaz diperintah bayar RM1.7 juta pada Siti Khadijah

    Menurut laporan media Thailand, insiden keganasan, seperti pembakaran dan letupan, berlaku di wilayah Narathiwat, Yala dan Pattani bermula 8 malam waktu tempatan pada Sabtu.

    Serangan itu termasuk membakar pejabat pentadbiran, membakar tayar kereta dan meletupkan tiang elektrik serta kedai serbaneka.

    Sekurang-kurangnya 11 kejadian berlaku di Wilayah Narathiwat, manakala satu letupan kereta menyebabkan dua cedera.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah