Usahawan dan pempengaruh masakan terkenal, Khairul Aming (KA), memaklumkan bahawa dia akan mengekalkan menu sedia ada buat masa ini di restoran miliknya, Rembayung.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Kongsi Rembayung Buka Untuk Moreh Sepanjang Ramadan – ‘Kami Perkenalkan Menu Baharu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Tepis Dakwaan Rembayung Hanya Ambil Pekerja Melayu – ‘Saya Tidak Tapis Ikut Bangsa’
Menu bermusim

Menerusi hantaran di Threads, Khairul Aming berkata keputusan tersebut sebagai satu langkah untuk menjaga kualiti perkhidmatan di Rembayung.
Menurut Khairul Aming, pihak pengurusan telah menjalankan proses Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi pelbagai menu baharu sejak enam bulan yang lalu.
Bagaimanapun, dia membuat keputusan untuk mengeluarkan menu-menu tersebut daripada senarai awal restoran.
Ada yang cadangkan kita tambah lagi menu unik yang tak biasa jumpa dekat restoran lain.
Sebenarnya ada banyak menu kita dah R&D dari 6 bulan lepas tapi KA remove dari restoran pada peringkat awal sebab tak nak bagi kitchen pening operation.
Jelasnya lagi, menu-menu hasil R&D tersebut tidak dibuang terus sebaliknya, ia akan diperkenalkan secara berperingkat sebagai menu bermusim pada masa akan datang.
Tapi jangan risau kita ada banyak seasonal menu nak diperkenalkan satu per satu nanti.
Namun, buat masa ini fokus Rembayung bukanlah pada kepelbagaian menu semata-mata, sebaliknya lebih kepada operasi.
Buat masa ini, fokus kami adalah untuk memastikan aliran kerja dapur berjalan dengan efisen dan kemas, makanan disediakan dengan pantas mengikut SOP, perkhidmatan berjalan lancar serta layanan yang sama rata kepada semua pelanggan.
Sumber: Threads Khairul Aming
The post Khairul Aming Kekalkan Menu Sedia Ada, Utamakan Kualiti Operasi Rembayung – ‘Menu Bermusim Diperkenalkan Berperingkat’ first appeared on OHBULAN!.





