Gambar sekadar hiasan
Seorang individu didakwa melakukan tawaran secara terang-terangan di media sosial.
Iklankan wanita di X
Menerusi hantaran di platform X, individu tersebut menawarkan seorang wanita warganegara Filipina yang berusia 21 tahun kepada pengikutnya yang bertuah.
Tinjauan mendapati individu berkenaan juga didakwa membuat promosi video-video lucah di aplikasi Telegram dengan bayaran sebanyak RM100.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet meluahkan rasa kurang senang dan menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap individu berkenaan.
Benda ni langsung tak okay, mohon tindakan segera PDRM. Ini adalah salah satu punca keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat. Boleh jadi punca kejatuhan akhlak yang akan membawa kepada pelbagai jenayah yang lain. Mohon hentikan aktiviti perdagangan manusia.
Dah jadi perniagaan, sekali ‘subscribe’ mana tak kaya dia orang ni. Antara cara cepat kaya selain dadah adalah perkhidmatan seks sebab sentiasa ada permintaan sama macam pornografi.
Betul-betul cabar undang-undang.