31.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kenapa Malu Sangat Ke? Nak Letak Sekeping Poster Dekat Feed’ – Shuhaimi Lua

    Shopee Sale



    Di Instagram, pengarah, Shuhaimi Lua meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan sikap segelintir pelakon baharu yang culas mempromosikan filem mereka di media sosial.

    Saya nak tegur sikit

    Menerusi posting di yang dimuat naik, Shuhaimi berkata, dia ingin memberi sedikit teguran buat pelakon yang enggan memuat naik sebarang poster muka mereka di media sosial.

    Salam saya nak tegur sikit kepada pelakon yang ada mukanya di poster. Kenapa malu sangat ke? Nak letak sekeping poster dekat feed. Tak cantik sangat ke poster itu.

    Saya minta maaflah kalau saya menegur. Ini produk ualls tau. Cerita uaals sepatutnya lebih bersemangat daripada kita ada nama sahaja. Kalau macam itu jangan berharap nak kerja dengan tanah beris lagi ya.

    Ujar Shuhaimi lagi, segala bahan promosi termasuk video dan poster sudah diberikan kepada para pelakon sejak minggu lalu. Namun, ada di antara mereka yang masih berdiam diri dan tidak melakukan promosi.

    Sekadar info, Pontianak 200KG yang diarahkan oleh Shuhaimi Lua sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Filem ini menampilkan Aya Amiruddin sebagai teraju utama bersama Dottie. Ini juga merupakan filem pertama di mana Aya Amiruddin diberi peranan utama, satu tanggungjawab besar yang pastinya dinantikan oleh peminatnya.

    MENARIK:  Guru Agama Di Kelantan Didakwa Mencabuli Tiga Pelajar Tahfiz Sejak 2 Tahun Lalu

    Filem Pontianak 200KG menampilkan barisan pelakon hebat yang lain seperti Ziana Zain, Ropie, Niezam Zaidi, Wanns Ahmad, serta pelakon-pelakon lain seperti Malia Baby dan Shaf Naufas. Filem ini juga memperkenalkan Apich Lo sebagai salah satu watak utama, serta penampilan istimewa primadona Ziana Zain, yang pasti akan menjadi tumpuan setelah lama tidak beraksi di layar perak.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah