
Tindakan pelakon dan penyanyi, Nur Fazura berkongsi kata-kata semangat kepada seorang individu yang telah bercerai meraih perhatian warganet.
Kata-kata semangat

Seorang individu yang dikenali sebagai Eychaj menyatakan dia telah berpisah secara baik dengan suami dan berharap menjadi kuat seperti Fazura.
Kata Eychaj, dia tidak merasai apa-apa kecuali rasa kosong di dalam hatinya namun dalam masa yang sama turut mengakui lega apabila disahkan bercerai.
Perkongsian di Threads itu kemudiannya mendapat perhatian pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin untuk memberi respon.
Ibu kepada Nur Fatima Aisya mendoakan agar wanita terbabit dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan.
Awak akan menjadi kuat dengan izin dan bantuan Allah S.W.T. Jika ada rasa kosong itu petanda memang dah nekad sehabisnya.
Ia adalah yang terbaik, sekurang-kurangnya saya boleh katakan untuk diri saya sendiri.
Semoga dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan sejati.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya turut menitipkan kata-kata semangat kepada wanita itu serta mendoakan yang terbaik.
Doa netizen






