Pelakon Wan Sharmila berkongsi momen-momen awal ketika menjalani praktikal sebagai petugas umrah.
Artikel Berkaitan: Kongsi Momen Hadir Majlis Ilmu, Penampilan Wan Sharmila Dipuji Netizen
Artikel Berkaitan: Wan Sharmila Disebut Bakal Jadi Menantu? Ibu Shuib Tampil Beri Respon
Urus jemaah
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram, Wan Sharmila atau nama lengkapnya Wan Sharmila Wan Muhamed dilihat sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA 1) dan menguruskan para jemaah umrah untuk mendaftar masuk bagasi mereka.
Setelah beberapa jam perjalanan, aktres berusia 44 tahun itu kemudian dilihat telah selamat tiba di Jeddah bersama jemaah umrah.
Terima kasih Allah, aku ikut aturan-Mu.
Sedikit cerita KLIA 1-Jeddah. Doakan saya, ini bukan main-main. Mereka semua tetamu Allah yang dijemput dan saya ikhlas ingin menyantuni semua.
Selalu pergi jaga diri sendiri, tapi sekarang masanya untuk belajar erti sebenar menjaga diri.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berbangga dengan ketekunan Wan Sharmila untuk bergelar mutawiffah.
Dalam masa yang sama, mereka juga mendoakan agar urusannya ke Tanah Suci sentiasa dipermudahkan.
Sumber: IG Wan Sharmila
The post [VIDEO] Wan Sharmila Kongsi Momen Jadi Petugas Umrah – ‘Sekarang Masa Untuk Belajar Erti Sebenar Menjaga Diri’ first appeared on OHBULAN!.





