32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kematian Song Young Kyu, Drama ‘The Winning Try’ & ‘The Defects’ Beri Kenyataan Rasmi

    Shopee Sale

    Dua drama Korea popular yang sedang ditayangkan ketika ini berjudul ‘The Winning Try’ dan ‘The Defects‘, tampil mengeluarkan kenyataan rasmi susulan pemergian pelakon Song Young Kyu pada 4 Ogos lalu.

    Artikel Berkaitan: Pelakon Song Young Kyu Temui Ajal Di Dalam Kereta, Polis Siasat Punca Kematian

    Zahir rasa kehilangan

    Dalam kenyataan dikeluarkan oleh pihak produksi drama ‘The Winning Try’ yang disiarkan di saluran SBS, pihaknya meluahkan rasa dukacita atas kehilangan aktor berbakat tersebut.

    Kami ingin merakamkan ucapan takziah yang paling mendalam atas berita duka ini dan mendoakan agar roh mendiang tenang di sana. Kami juga menyampaikan simpati penuh kepada keluarga yang ditinggalkan.

    Mengenai babak lakonan Song Young Kyu dalam drama ‘The Winning Try’, produksi naskhah tersebut menegaskan bahawa tiada perubahan besar akan dibuat dan hanya penyuntingan minima akan dilakukan.

    Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, ‘The Winning Try’ merupakan drama yang telah dirakam sepenuhnya (pra-produksi).

    Selain episod yang telah dihantar ke platform OTT global, hanya penyuntingan minimum dilakukan pada episod akhir tanpa menjejaskan jalan cerita.

    Sementara itu, pasukan produksi drama ‘The Defects’ terbitan ENA turut menzahirkan rasa kehilangan atas pemergian Song Young Kyu.

    Kami mengucapkan takziah atas pemergian mengejut Song Young Kyu dan mendoakan agar beliau bersemadi dengan aman.

    Pihak drama ‘The Defects’ juga mengesahkan drama tersebut telah siap sepenuhnya untuk tayangan tanpa perlu melakukan sebarang suntingan lanjut.

    MENARIK:  Mimi Lana & Syafiq Kyle Tak Kongkong Karier Masing-Masing Lepas Nikah – ‘Tak Ada Syarat, Tapi Kena Ada Common Sense’

    Dalam ‘The Winning Try’, Song Young Kyu membawakan watak Kim Min Joong, seorang jurulatih ragbi yang menjadi pesaing kepada watak Joo Ga Ram lakonan Yoon Kye Sang.

    Manakala dalam ‘The Defects’, mendiang memegang watak Yoon Se Hoon, seorang pastor mega-church yang korup.

    Pemergian pelakon berusia 53 tahun itu ternyata memberikan kesan mendalam kepada industri hiburan Korea, khususnya para peminat yang menghargai bakat besar dimiliki Song Young Kyu.

    Terdahulu, Song Young Kyu ditemui meninggal dunia dalam sebuah kenderaan yang diparkir di kawasan perumahan di Yongin, Wilayah Gyeonggi.

    The post Kematian Song Young Kyu, Drama ‘The Winning Try’ & ‘The Defects’ Beri Kenyataan Rasmi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah