29 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kemaraan Video Lama Aliff Aziz Mengamuk dan Menunjukkan Kemaluan Viral Semula

    Shopee Sale



    Aliff Aziz

    Di kala nama pelakon sensasi Aliff Aziz menjadi topik bualan hangat dalam media sosial, tiba-tiba tular kembali sepotong video lama aktor itu sedang mengamuk di sebuah restoran.

    Video tayang ‘anu’

    Aliff Aziz

    Menerusi video tersebut, Aliff yang memakai baju berwarna hitam dilihat mengeluarkan kata-kata kesat kepada beberapa individu.

    Malah, aktor itu juga dilihat tanpa segan silu membuka zip seluar sebelum menunjukkan alat sulitnya di kawasan tersebut.

    Dalam video sama, seorang lelaki dipercayai rakan Aliff dilihat sedang cuba menenangkannya sebelum perkara lebih teruk berlaku.

    Difahamkan, kejadian itu berlaku sekitar tahun 2014, namun punca sebenar perbalahan terjadi tidak dapat dipastikan.

    Sejak kebelakangan ini, nama Aliff dan isteri, Bella Astillah termasuk pelakon Ruhainies menjadi topik bualan hangat wargamaya dalam media sosial susulan kontroversi ditangkap berkhalwat.

    Lebih menghangatkan lagi kontroversi itu apabila seorang wanita yang mengaku kekasih kepada Aliff yang dikenali sebagai Sarah Yasmine tiba-tiba muncal dengan mendedahkan rancangan aktor itu bersama Ruhainies ingin menjatuhkan Bella.

    MENARIK:  Penyanyi Lagu ‘Healing’ Didakwa Pukul Bekas Kekasih?

    Pendedahan demi pendedahan dibuat Sarah Yasmine sehingga melibatkan lebih ramai pihak termasuk Caprice, Emma Maembong, Chacha Maembong, Tom dan Fuad Rahman.

    Pun begitu, hari ini Ruhainies akhirnya tampil membuka mulut dan membuat permohonan maaf secara tersebut kepada Bella dan Sarah. Aktres itu juga bersedia bersemuka dengan mereka bagi menjernihkan konflik yang berlaku.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah