25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Muzik Saya Tak Ada Pasport’ – Alyph

    Shopee Sale



    Penyanyi rap, Alyph akui kecewa masih ada pihak yang mempermainkan sentimen melibatkan antara dua negara iaitu Malaysia dan negara kelahirannya, Singapura.

    Artikel berkaitan: ‘Saya Rasa Nak Nangis Bergerak Solo’ – Alyph Biarkan ‘Sleeq’ Terkubur, Tiada Perancangan Kembali Dengan Syarif

    Artikel berkaitan: ‘Kalau Kena Pakai Lirik Lucah Untuk Sampaikan Mesej Lagu, Saya Rasa Perlu’ – Alyph

    ‘Muzik saya tiada pasport’

    Menurut Alyph, 33, dia sudah menganggap Malaysia sebagai negaranya sendiri dan karya yang dihasilkan juga bersifat universal dan tidak terikat dengan mana-mana negara.

    Mungkin masa pertama kali saya datang sini, saya rasa macam orang luar. Tapi masa umur saya belasan tahun saya ramai kawan di sini. Saya menumpang di rumah mak bapa mereka, mereka juga datang Singapura tidur rumah mak bapa saya.

    Lama kelamaan saya tak ada rasa macam pergi ke Malaysia, dah hilang rasa benda tu. Tahun ni dah 2024, saya ingat kita semua dah maju dan tak ada konsep ni lagi. Tapi nampaknya masih ada yang membangkitkan isu ini lagi.

    Pendirian saya adalah muzik saya tak ada pasport. Muzik saya bukan warganegara sesiapa. Jadi, apa-apa yang terjadi kepada bukan keluarga saya, bukan hal saya.

    Alyph berkata demikian semasa ditemui di sidang media pelancaran lagu terbaharunya yang berjudul Dari Jauh di Universal Music Malaysia, semalam.

    Jaga nama baik sendiri dulu

    Disoal tentang menjaga nama baik negara, pemilik nama Muhammad Alif Abdullah ini berkata, seseorang perlu menjaga nama baik diri dan keluarga terlebih dahulu.

    Kita jaga diri kita dengan baik. Saya rasa nak jaga nama negara tu, kita belum jaga diri sendiri. Nak jaga nama negara macam mana?

    Kemas rumah dulu. Pastikan mak ayah kita okay dan tiada pergaduhan dan fokus kepada apa yang kita nak buat. Beban tu kita tak payah angkut kalau kita boleh pastikan diri kita terjaga dengan sebaik mungkin.

    Dalam pada itu, penyanyi lagu Swipe ini menyifatkan media sosial merupakan platform yang menakutkan memandangkan kebanyakkan pengguna terlalu bebas bersuara.

    Saya melihat media sosial ketika ini sangat seram, saya macam takut dengan orang. Bukanlah takut sampai saya menyorok, tapi saya susah hendak percaya orang terutama kalau nampak komen-komen negatif.

    Kalau itu pilihan mereka, maka itu pendapat mereka. Pucuk pangkalnya, ada pelbagai jenis orang dalam dunia ini. Jadi, penat nak fikirkan masalah dan memahami situasi mereka pula.

    Saya terima yang ada macam-macam manusia dalam dunia ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Bonda Rozita ‘Reward’ Staf Dengan Hadiah Lumayan, Ada Yang Dapat Rumah Banglo Harga RM800k

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah