30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kelebihan Habbatus Sauda Untuk Kesihatan Jantung & Pesakit Diabetes

    Shopee Sale

    Habbatus sauda merupakan salah satu bahan semula jadi yang telah lama digunakan dalam perubatan tradisional khususnya dalam tamadun Islam dan Timur Tengah.

    Artikel Berkaitan: Petua Tradisional Untuk Atasi Jeragat, Hanya Guna Bahan Di Dapur Je!

    Artikel Berkaitan: Khasiat Minyak Zaitun Dalam Menyokong Kesihatan Wanita

    Kuatkan sistem imun

    Ia juga dikenali sebagai jintan hitam atau black cumin, iaitu biji kecil berwarna hitam yang kaya dengan sebatian aktif dan nutrisi.

    Sejak berabad lamanya, habatus sauda dipercayai menyokong kesihatan tubuh secara menyeluruh, daripada membantu menguatkan sistem imun hinggalah menyokong fungsi dalaman badan.

    Selain digunakan dalam bentuk sedia ada, habbatus sauda juga dipasarkan dalam pelbagai variasi untuk memudahkan pengambilan harian. Antaranya, ia sering digabungkan bersama makanan sunnah lain seperti madu bagi meningkatkan khasiat serta rasa.

    Tidak hanya terhad kepada itu, habatus sauda turut diinovasikan menjadi produk minuman moden seperti teh dan kopi, menjadikannya lebih praktikal dan sesuai dengan gaya hidup masa kini.

    Habbatus sauda sejak sekian lama dikaitkan dengan sokongan terhadap kesihatan jantung, khususnya dalam membantu mengawal tekanan darah.

    Beberapa penyelidikan mendapati pengambilan minyak habbatus sauda berpotensi membantu menurunkan bacaan tekanan darah, termasuk bacaan sistolik dan diastolik dalam kalangan individu yang mengalami hipertensi.

    MENARIK:  Tiga Legenda Rock Wings, Search & XDPC Bersatu Dalam ‘Konsert 3 Veto’ Ogos Ini

    Selain itu, habatus sauda dalam bentuk kapsul juga mampu mengawal paras gula dalam darah. Berdasarkan kajian yang dilaporkan dalam International Journal of Environmental Research and Public Health, ianya berupaya membantu menurunkan kadar glukosa darah serta mengurangkan rintangan insulin.

    Hasil kajian ini turut membuka ruang kepada penggunaan habbatus sauda sebagai sokongan tambahan untuk pesakit diabetes jenis 2, di samping rawatan perubatan yang telah ditetapkan.

    Sokong fungsi paru-paru

    Dalam konteks pernafasan pula, habbatus sauda dapat melegakan simptom seperti batuk, bersin dan rasa sesak nafas yang sering dialami oleh penghidap asma.

    Sifat semula jadinya membantu menenangkan saluran pernafasan dan menyokong fungsi paru-paru dengan lebih baik.

    Bagi individu yang sedang berusaha mengawal berat badan, habbatus sauda juga bukan sesuatu yang asing. Pelbagai perkongsian pengalaman di media sosial menunjukkan penurunan berat badan selepas mengamalkan minuman yang mengandungi habbatus sauda.

    Dalam masa yang sama, kandungan antibakteria dan anti-radang dalam habatus sauda turut memberi manfaat terhadap kesihatan kulit.

    Ia berpotensi membantu mengurangkan keradangan dan menenangkan kulit bermasalah serta menyokong proses pemulihan kulit secara semula jadi.

    Sumber: Hello Doktor

    The post Kelebihan Habbatus Sauda Untuk Kesihatan Jantung & Pesakit Diabetes first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah