31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kejutan! Fazura Diumum Sebagai Wajah Kolaborasi Eksklusif Fenomena Raya 2026

    Shopee Sale

    Teka-teki akhirnya terjawab apabila pelakon  dan usahawan terkenal, Nur Fazura, diumumkan sebagai wajah kolaborasi eksklusif koleksi raya 2026 oleh jenama tekstil dan fesyen terkemuka tanah air, Jakel.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Pamer Wajah ‘Polos’ Tanpa Solekan, Ramai Jatuh Hati – ‘Sangat Cantik Ciptaan Allah’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nangis Lama Menunggu Untuk Bergambar Dengan Daisy Duck, Reaksi Fazura Pujuk Fatima Curi Perhatian – ‘Pandai Dia Didik Anak Supaya Bersabar

    Mega! Fazura duta Jakel

    Pengumuman itu dibuat menerusi acara pertunjukan fesyen Jakel Fenomena Raya 2026 yang berlangsung pada Khamis.

    Pengumuman tersebut turut merungkai tanda tanya peminat yang sejak awal teruja dengan ‘teaser’ misteri dimuat naik Jakel di media sosial baru-baru ini.

    Kolaborasi eksklusif bersama pemilik nama lengkap Nur Fazura Sharifuddin berjaya menjadi antara sorotan utama pada malam bersejarah itu. 

    Aktres berusia 42 tahun itu dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada Jakel di atas kolabrasi tersebut

    Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi, Bahagian Pemasaran & Promosi, Jakel Trading Sdn Bhd iaitu Muzaffar Jakel berkata, penganjuran Jakel Fenomena Raya 2026 adalah satu detik bersejarah buat syarikat itu.

    Selepas lebih 40 tahun Jakel berada dalam industri, ini adalah pertama kali kami menganjurkan pertunjukan fesyen berskala besar. 

    Jakel Fenomena Raya 2026 bukan sekadar memperkenalkan koleksi baharu, tetapi menjadi simbol evolusi dan aspirasi kami dalam mengangkat fesyen Raya ke tahap yang lebih tinggi.

    Pertunjukan fesyen berkenaan turut diserikan dengan kehadiran barisan duta utama Jakel Fenomena Raya 2026, terdiri daripada selebriti dan personaliti media sosial seperti Nabil Ahmad dan keluarga, Achey dan keluarga, Senario, Cik Epal dan Ammar, Elly Mazlein, Kamal Adli serta Que Haidar.

    MENARIK:  Dua Beradik Maut Dalam Peti Sejuk Ketika Main Sorok-Sorok Di Rumah

    Tidak ketinggalan, Jakel turut memperkenalkan barisan Duta Gen Z Jakel Raya 2026 sebagai langkah strategik mendekati generasi muda dan pelanggan baharu. Antara wajah yang terpilih ialah Lorenzo Irmann, Ara Bella Ellen, Zarif Ghazi dan Bella Dowanna.

    Kesemua duta tampil memperagakan Koleksi Jakel Raya 2026 yang menampilkan rekaan elegan, kontemporari dan versatil, sesuai digayakan oleh pelbagai lapisan masyarakat dengan citarasa moden.

    Dalam perkembangan sama, Jakel turut melakar sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya dalam tempoh lebih 40 tahun penubuhannya.

    The post Kejutan! Fazura Diumum Sebagai Wajah Kolaborasi Eksklusif Fenomena Raya 2026 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah