25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kecewa Dalam Percintaan Punca Nonny Nadirah Menyepi Seketika

    Shopee Sale



    Kecewa dalam percintaan antara faktor pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah menyepi dalam karier seni kira-kira tiga tahun yang lalu.

    Tiada istilah rehat atau direhatkan

    Memetik laporan Harian Metro, Nonny berkata, dia tidak berhasrat meninggalkan industri hiburan yang pernah disertainya secara aktif sejak 2007 lalu.

    Saya sekarang sihat-sihat saja dan ingin kembali aktif dalam bidang seni sebab tiada istilah rehat atau ‘direhatkan’ pun selama saya menyepi sejak tiga tahun kebelakangan ini.

    Cuma, perkara berlaku secara tidak langsung. Selama itu (tiga tahun), saya banyak menyendiri dalam dunia seni dan tak campur dengan orang. Sekarang barulah terbuka hati (keluar) sebab ada tawaran menyanyi juga.

    Tambah Nonny, dia berasa sukar untuk berkongsi cerita mengenai apa yang terjadi kepadanya selama ini kerana terlalu peribadi.

    MENARIK:  [VIDEO] MUA Bellaz Dipuji, Hulur Bantuan Makanan Kepada Mangsa Banjir – ‘Dalam Setiap Rezeki Terselit Rezeki Orang Lain’

    Terdahulu, Nonny mengakui dia tidak mempunyai pegangan iman yang kuat namun tidak pernah terlintas untuk membangkitkan kontroversi setiap kali membuat kemunculan selepas menghilangkan diri.

    Disoal mengenai tingkah laku di media sosial sejak kebelakangan ini, Nonny secara ringkas menjawab, semua yang dilakukan olehnya pada waktu itu mempunyai sebab.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah