
Jurusolek dan usahawan terkenal, MUA Bellaz berkongsi rezeki dengan menghulurkan bantuan makanan kepada mangsa banjir di Alor Setar, Kedah.
MUA Bellaz kongsi rezeki
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Bellaz atau nama lengkapnya Nur Nabilah binti Zulyadaini berkata bekalan makanan yang diperolehi daripada BellazMart itu akan diagihkan memandangkan banjir di kawasan tersebut sudah mulai surut.
Rumah Bellaz dah surut banjir, Alhamdulillah dah boleh keluar dah. InsyaAllah Bellaz & Mat Nuat dan Team Bellaz Beauty akan agihkan dalam beberapa bantuan makanan dari kedai BellazMart untuk mangsa banjir yang terjejas di Alor Setar, Kedah.
Dalam pada itu, Bellaz juga memberitahu bahawa kedai runcit yang diusahakannya bersama suami, Mat Nuart akan beroperasi dalam masa terdekat.
Doakan hampa semoga dipermudahkan. Terima kasih buat pelanggan yang banyak sokong Bellaz dan Mat Nuart. Dalam setiap rezeki terselit rezeki orang lain.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji kebaikan dan keprihatinan Bellaz dan suami kepada mangsa-mangsa banjir.
Mereka turut menyifatkan Bellaz seorang pempengaruh yang sangat merendah diri dan pemurah. Malah berharap agar sifat dan sikap baik itu perlu dicontohi oleh orang ramai.





