26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kecantikan Aina, Nora, Sophia & Scha Terserlah Dengan Koleksi ‘Raya Romantics’! Fattah & Awal Nampak Tampan

    Shopee Sale



    Raya Romantics

    Bersempena Syawal yang bakal menjelang, jenama gaya hidup terkemuka, Amber, kembali mencetus fenomena fesyen dengan pelancaran koleksi istimewa Raya Romantics bagi menyambut Aidilfitri 2025.

    Raya Romantics

    Raya Romantics

    Koleksi ini menampilkan gaya fesyen spektakular, menggabungkan keanggunan klasik dengan sentuhan moden yang sofistikated.

    Menambah keistimewaan koleksi kali ini, Amber mempersembahkan enam wajah rasmi jenama tersebut iaitu Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Fattah Amin, Nora Danish dan Sophia Albarakbah.

    Setiap helaian dalam koleksi Raya Romantics direka dengan perincian mewah dan eksklusif serta menampilkan sulaman floral yang indah pada kain 100 peratus kapas.

    Pemilihan fabrik berkualiti tinggi ini bukan sahaja memastikan keselesaan pemakai, tetapi juga memberi sentuhan elegan yang sesuai dengan cuaca di Malaysia.

    Pelbagai rekaan

    Raya Romantics

    Saiz tersedia daripada XS hingga 3XL dengan julat harga bermula serendah RM269 sehingga RM459.

    Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Hasan, menzahirkan rasa bangga dengan koleksi terbaharu ini serta optimis terhadap sasaran jualan yang ditetapkan.

    Koleksi ‘Raya Romantics’ oleh Amber adalah satu manifestasi keindahan budaya dan inovasi fesyen moden.

    Setiap helaian direka dengan teliti bagi memastikan bukan sahaja gaya yang memukau, tetapi juga keselesaan yang tiada tandingan.

    Sebagai jenama di bawah Usanita, kami percaya dalam memperkasa jenama tempatan untuk terus bersaing dan berkembang di peringkat lebih tinggi.

    Dengan koleksi yang menampilkan rekaan elegan dan berkualiti tinggi, kami yakin Amber akan menjadi pilihan utama buat mereka yang ingin tampil anggun sepanjang Aidilfitri.

    Sasar 300,000

    Raya Romantics

    Selain itu, Amber mensasarkan jualan sebanyak 300,000 helai daripada koleksi ‘Raya Romantics’ yang mana sasaran itu berpandukan kepada kejayaan koleksi sebelum ini serta permintaan yang semakin meningkat.

    MENARIK:  Muka Saya Banyak Digunakan Untuk Scam, Kesian Golongan Kurang Faham Teknologi Akan Terpedaya’ – Aliff Syukri

    Koleksi Raya Romantics boleh didapati secara eksklusif di beberapa lokasi pilihan, termasuk di Amber Flagship Store di Shangri-La, Kuala Lumpur,  Butik Amber di Wangsa Walk Mall selain di atas talian.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah