Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh meluahkan rasa kecewa terhadap suaminya itu selepas didakwa gagal hadir ke mahkamah bagi urusan pendaftaran perkahwinan mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Kata Ini Kifarah, Saya Terima Dengan Hati Terbuka’ – Fara Salleh
Artikel Berkaitan: Fara Salleh Mohon Kerjasama Shuk Sahar, Urus Pendaftaran Nikah & Lafaz Cerai – ‘Sebab Nanti Anak Tidak Boleh Berbintikan’
Urusan daftar perkahwinan

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Fara menyatakan bahawa Shuk telah menerima notis mahkamah sebulan lebih awal, namun tidak hadir seperti yang dijadualkan.
Menurut Fara, kehadiran ke mahkamah itu penting bagi melancarkan urusan berkaitan anak yang bakal dilahirkan.
Urusan pendaftaran perkahwinan ni aku buat bukan untuk kepentingan aku! Tapi aku buat untuk anak!
Kau tau tak jantan yang aku dengan sarat lagi seminggu nak bersalin, dengan kaki bengkak sakit pinggang semua aku masih larat datang untuk urusan tu harini!! Kau bersenang lenang bercuti dengan anak anak kau dan mertua kau kat sana?
‘Dokumen jantung tu penting, Shuk Sahar’

Fara juga mendakwa terpaksa menguruskan sendiri banyak perkara termasuk pemeriksaan kehamilan, tanpa sebarang sokongan daripada suaminya itu.
Selain itu, Fara turut menyatakan bahawa dia masih belum menerima dokumen penting berkaitan diagnosis jantung yang berada dalam simpanan Shuk, yang diperlukan bagi proses kelahiran nanti.
Bab mahkamah satu hal, ini aku nak bersalin dari bulan bulan lepas aku minta document diagnostic jantung aku yang ada pada kau sampai harini kau tak bagi.
Dokumen jantung tu untuk penting la shuk sahar untuk kegunaan hospital untuk tau status jantung aku.
Dengan keadaan aku sarat 8 bulan main mainkan aku bab bende penting. Aku kat johor nak suruh aku datang penang semata mata cari dokumen tu?
‘Aku haramkan kau jumpa anak aku’

Fara turut mempertikaikan sikap Shuk yang didakwa sering mengaitkan anak-anak daripada perkahwinan terdahulu dalam usaha untuk meraih simpati di media sosial, sedangkan anak yang dikandung Fara kini seolah-olah diabaikan.
Kesian anak anak kau kat sabah tu kau gunakan sebagai medium untuk bershkan nama kau dapat pujian dari orang kononnya bila dengan aku tak dapat jumpa anak.
Setiap kali kau viral buat hal nama kotor kau akan up video kau dengan anak anak untuk cuci nama kau dan dapatkan pujian.
Fara menegaskan bahawa segala kesulitan yang berlaku kini adalah disebabkan kecuaian dan kegagalan suaminya memberikan kerjasama yang sepatutnya. Dia juga mempersoalkan tanggungjawab yang telah ditunaikan Shuk sepanjang tempoh kehamilannya.
Kalau lepas bersalin aku mash ada rezeki jaga anak tengok anak aku. Aku akan hadap kau lagi.
Incase aku takde lepas aku fight lahirkan anak kau ni atas kesilapan kau sulitkan segala urusan aku, aku haramkan kau jumpa anak aku.
Tolong sampaikan semua ni pada mak ayah kau sekali. Untuk segala “manusia” yang menghasut tu. Harap korang happy. Aku tau siapa kau. Aku tau tujuan kau. Semoga segala doa aku makbul untuk kau dan “korang”.
Sebelum ini, Fara ada berkongsi di Instagram miliknya mengenai Shuk melafazkan cerai talak satu terhadapnya menerusi panggilan telefon ketika berada di Thailand.
Sekadar info, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023.
Shuk juga pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Nur Qurratu Ain, dan Nur Assyifatu Aimi.

Sumber: Instagram Fara Salleh
The post ‘Kau Nak Aku M*ti Ke?’ – Fara Salleh Desak Shuk Serah Dokumen Jantung first appeared on OHBULAN!.





