Kalau korang pernah balik kampung dan rasa tenang tengok suasana hijau, bayangkan pulak perasaan penduduk Kampung Sungai Betul, Bagan Datuk, Perak bila tempat yang dulu sunyi, kini berubah jadi kawasan yang makin maju dan hidup hasil usaha kerajaan melalui Program Kg Angkat MADANI.
Dengan peruntukan besar dan tumpuan khas pada pembangunan luar bandar, kampung ni bukan saja nampak lebih tersusun, tapi betul-betul bagi sinar baru buat penduduk.
Kemudahan baru, wajah baru!

Untuk pengetahuan korang, projek naik taraf ni dijalankan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan peruntukan sebanyak RM2.5 juta.
Antara yang dah siap dibina termasuk jalan perhubungan desa, surau, dewan orang ramai, dan rumah untuk golongan B40.
Projek ni mula dijalankan pada 2024 dan siap sepenuhnya pada November tahun lalu. Walaupun begitu, pelan pembangunan keseluruhan kawasan masih 50% dalam proses, jadi makin banyak pembaharuan akan menyusul lepas ni.
335 penduduk dah rasa perubahan

Menurut Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sebanyak 335 penduduk di Kampung Betul kini dah mula merasai manfaat projek ni.
Bukan saja lebih mudah bergerak dengan adanya jalan baru, tapi juga dapat jalankan aktiviti komuniti dan ekonomi kecil-kecilan dengan lebih lancar.
Ini suara dari orang kampung sendiri…
Dipetik dari laporan Sinar Harian, antara penduduk yang turut berkongsi rasa syukur dengan perubahan di Kampung Betul ialah Ahmad Mohamad, 63, yang menyifatkan kampung kini jauh lebih tersusun dan selesa selepas menerima beberapa naik taraf penting termasuk ruang solat wanita di Masjid Ismailiah serta pembinaan jalan ladang.
“Ruang solat wanita sebelum ini agak kecil kerana berkongsi dengan saf lelaki, kini lebih selesa. Jalan ladang yang dibina pula memudahkan penduduk mengeluarkan hasil tanaman.
Kami harap program seperti ini dikekalkan dan diperluaskan dalam Belanjawan 2026 nanti.”
Seorang lagi penduduk, Zamri Nawi, 62, turut berkongsi bahawa peruntukan baik pulih rumah di bawah program itu sangat meringankan beban penduduk kampung yang kebanyakannya bergantung kepada hasil pertanian.
Kebanyakan rumah di kampung ni dah lama dan tak sempurna. Dengan bantuan baik pulih ni, kami boleh tinggal dengan lebih selesa.
Selain tu, kehadiran pelancong ke kampung lepas projek naik taraf pun beri peluang pendapatan tambahan kepada orang kampung. Kami berharap dalam Belanjawan 2026, peruntukan baik pulih rumah ditambah kerana masih banyak rumah yang perlu dibaiki,” ujarnya kepada Sinar Harian.
Komitmen berterusan kerajaan untuk desa MADANI!

Semua perubahan ni bukti usaha berterusan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam memperkasa komuniti luar bandar melalui Program Kampung Angkat MADANI.
Inisiatif ini bukan sekadar naik taraf kemudahan asas, tapi juga membantu masyarakat luar bandar bangunkan potensi ekonomi sendiri, sama ada melalui peluang pekerjaan, keusahawanan kecil, atau peningkatan taraf hidup.
Dengan semangat MADANI yang menekankan kesejahteraan, nilai harmoni dan kemajuan bersama, KKDW terus komited memastikan setiap kampung di Malaysia dapat menikmati kemudahan dan peluang yang sama seperti di bandar.
Perubahan kecil, impak besar untuk komuniti!
Kalau korang nak tahu lebih banyak cerita inspirasi dan projek pembangunan luar bandar yang bawa perubahan positif kepada rakyat, layari kkdw.gov.my atau ikuti @KKDWOfficial di media sosial.
Sama-sama kita sokong usaha Program Kampung Angkat MADANI dalam menghidupkan semula semangat kemajuan dan perpaduan di desa tercinta!
The post Kampung Sungai Betul Berubah Wajah, Penduduk Syukur Lepas Projek MADANI Dilaksana! first appeared on OHBULAN!.





