32.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAC akan mulakan siasatan dapatan RCI Tabung Haji

    Shopee Sale

    Menyifatkan pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terkait Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai "amat serius", Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memutuskan untuk memulakan prosiding siasatan berkenaan kelemahan tadbir urus, kewangan dan pelaburan agensi tersebut.

    Pengerusi PAC, Mas Ermieyati Samsudin, berkata keputusan tersebut dicapai sebulat suara hari ini.

    Katanya masih ada beberapa persoalan yang terus diperkatakan selepas laporan itu didedahkan dan kemudian dibahaskan di Dewan Rakyat pada 11 Ogos 2026.

    Dia yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, sebagai sebuah jawatankuasa yang bipartisan, PAC mempunyai bidang kuasa jelas dan menjadi tanggungjawab mereka untuk memulakan prosiding berhubung isu TH.

    "Pada masa sama, PAC menegaskan bahawa prosiding ini bukan bertujuan mengulangi siasatan RCI yang telah dibuat dengan menyeluruh, sebaliknya menumpukan kepada status dan kemajuan sebenar pelaksanaan syor-syor RCI selaras dengan fungsi teras PAC," katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Demo antirasuah Sabah: Tiga mahasiswa bebas dengan jaminan polis

    Tambah ahli politik itu, tema, terma rujukan dan senarai saksi yang akan dipanggil belum ditetapkan buat masa ini dan diputuskan selepas anggota PAC bermesyuarat.

    Sebagai sebahagian daripada siasatannya, kata Mas Ermieyati, PAC itu akan merujuk kepada dokumen termasuk laporan RCI, laporan Ketua Audit Negara dan laporan audit yang disediakan oleh firma PricewaterhouseCoopers (PwC).

    "PAC komited untuk menjalankan siasatan ini secara telus dan adil demi memastikan akauntabiliti berterusan pengurusan wang awam dan mengembalikan keyakinan penuh pendeposit terhadap TH," katanya.

    Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi semalam menyokong seruan agar PAC meneliti pengurusan TH selepas 2017 dengan mengatakan jawatankuasa itu lebih sesuai untuk menjalankan siasatan susulan daripada menubuhkan RCI yang lain.

    Ahmad Zahid berkata siasatan sedemikian boleh menjelaskan apa yang berlaku dalam tempoh tersebut dan menangani persepsi awam mengenai tadbir urus dana tersebut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah