Pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menerima kritikan daripada warganet ketika mengendalikan program nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) pada Ahad.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabil Ahmad Kongsi Madrasah Dijangka Bina Tahun Depan, Kos Cecah Hampir RM500,000
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Kritik Anak Nabil Ahmad Jadi Pengacara, Dakwa Guna Tutur Kata Kurang Sesuai – ‘Banyak Lagi Kena Belajar’
Tak sensitif

Menerusi potongan klip yang dimuat naik semula, Nabil dilihat berseloroh dengan mengatakan bahawa gandingannya iaitu hos, Sherry Alhadad tiada rumah rumah tangga.
Susulan itu, seorang pengguna Threads meluahkan rasa kurang senang dengan cara Nabil berjenaka yang dianggap melampaui batas dan tidak sensitif.
Buat lawak? Ini tak lawak, biadab.
Nabil ni tak belajar dari kesilapan lepas? Tetap juga bermulut lepas.
Menurut individu tersebut, jenaka seperti itu tidak seharusnya dilakukan terutama dalam sebuah program yang ditonton oleh setiap peringkat usia masyarakat.
Dekat rancangan yang ditonton keluarga buat lawak macam itu, tak ada common sense.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, potongan klip tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet, antaranya ada yang bersetuju dengan kenyataan individu itu dan berpendapat Nabil tidak seharusnya berseloroh soal jodoh terhadap Sherry.
Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang menganggap gurauan bapa kepada tiga orang anak itu hanya jenaka biasa dan tidak keterlaluan.
Sumber: Threads
The post ‘Tak Lawak, Biadab’ – Netizen Kritik Nabil Ahmad Seloroh Sherry Alhadad ‘Tak Ada Rumah Tangga’ first appeared on OHBULAN!.





