30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, July 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kamal Adli Ketuai Misi ‘Hotlink: Geng Bijak Berbajet’, Percutian Berbaloi Tapi Poket Tak Rabak!

    Shopee Sale

    Geng Bijak Berbajet kembali dengan nafas baharu hasil kolabrasi TV3 bersama Hotlink menerusi Siri Travelog Hotlink: Geng Bijak Berbajet.

    Artikel Berkaitan: Tiga Janda Melawan Dunia #BikinSampaiJadi dengan Prabayar Hotlink Pantas untuk Segalanya!

    Geng Bijak Berbajet

    Hotlink: Geng Bijak Berbajet merupakan sebuah pengembaraan yang penuh kejutan dan pelbagai tip pintar untuk meneroka destinasi unik di Malaysia dengan bajet yang terhad tapi berbaloi. 

    Dihoskan oleh pelakon popular, Kamal Adli selaku Ketua Geng Bijak Berbajet, berkata edisi terbaharu ini membawa penonton menjelajahi pelbagai destinasi unik merentas enam buah negeri di Malaysia bersama Hotlink.

    Disertai barisan selebriti tempatan Hael Husaini, Nabila Razali, Siti Saleha, Zaki Yamani, Auddra Zulkifli, Izzue Islam dan Ain Edruce, mereka sebagai Geng Bijak Berbajet membuktikan bahawa percutian di lokasi-lokasi yang menarik tidak memerlukan belanja yang besar, asalkan bijak dalam membuat pilihan.

    6 episod berdurasi 3 hingga 5 minit setiap satu, siri ini tampil dengan konsep realiti, reviu makanan, reviu aktiviti serta bajet yang dekat di hati penonton.

    Ditayangkan secara eksklusif di TV3 mulai 29 Julai 2026 secara mingguan, manakala bagi platform digital dan sosial pula akan ditayangkan setiap Khamis bermula 30 Julai 2026 di TikTok @hotlink.official, @tv3malaysia, Instagram @hotlinkred dan @tv3malaysia.

    Hebahan siri ini turut dijayakan bersama Hot FM dan portal gaya hidup popular, selaku rakan kolaborasi publisiti.

    Dalam setiap episod, Kamal Adli dan rakan selebriti dicabar dengan bajet harian terhad antara RM70 hingga RM100 sahaja untuk dibelanjakan buat dua ke tiga individu.

    Mereka akan meneroka keunikan budaya, melakukan aktiviti lasak seperti ATV di Negeri Sembilan serta memburu makanan ikonik seperti Colek Campur di Kelantan dan bufet atas awan di Sarawak.

    Bagi memastikan kelancaran perjalanan, rangkaian 5G serta pelan prabayar dan pascabayar mampu milik Hotlink, bertindak sebagai talian hayat digital utama mereka.

    Ini membolehkan peserta menikmati internet berkelajuan tinggi tanpa had, peranti 5G dan internet perayauan percuma, di samping pelbagai ganjaran hebat khusus buat belia serta pengguna Hotlink. Setiap episod akan diakhiri dengan “Senarai Semak GBB” untuk menilai pengembaraan mereka.

    MENARIK:  [VIRAL VIDEO] Dahlia Rizal Menarik Mercedes-Benz, Dr Say Shazril Bongkar Pendapatan Seorang 'Influencer' Boleh Mencapai RM100,000 Sebulan

    Ketua Pegawai Operasi Media Prima OMNiA, Agency Solutions, Stephanie Wong, menyifatkan kerjasama sekali lagi bersama Hotlink ini sebagai platform terbaik untuk membawakan kandungan digital yang lebih segar, interaktif dan dekat di hati penonton.

    Siri travelog ini dihasilkan melalui kerjasama erat untuk menyampaikan mesej berkaitan pengurusan kewangan secara semula jadi melalui gaya hidup urban yang gemar mengembara.

    Sebagai rakan jangka panjang, kami bangga dapat bersama-sama Hotlink memupuk budaya berhemat dengan lebih aktif melalui kandungan yang menyeronokkan, bermanfaat dan mudah dikongsi merentas platform televisyen dan digital.

    Sementara itu, Pengarah Pemasaran dan Pertumbuhan Maxis, Yeoh Sun Loo, berkata sambutan edisi tahun lalu sangat menggalakkkan.

    Semangat Geng Bijak Berbajet amat dekat dengan gaya hidup pengguna hari ini, kerana semakin ramai mahukan pengalaman luar biasa tanpa perlu berbelanja besar.

    Susulan sambutan hangat bagi siri drama tahun lepas, kami teruja dapat membawakan siri travelog yang menampilkan lebih banyak tip berbelanja secara berbaloi.

    Melalui siri ini, kami berharap pengguna boleh menikmati nilai terbesar dalam setiap perjalanan dan kehidupan seharian mereka.

    Majlis pelancaran hari ini turut diserikan dengan gimik persembahan nyanyian dan tarian bertenaga oleh Maryam seiring peluncuran Muzik Video rasmi Hotlink Geng Bijak Berbajet.

    Acara diteruskan dengan sesi tayangan eksklusif episod pertama siri ini, di samping tetamu turut dihiburkan persembahan eksklusif oleh Zaki Yamani, Nabila Razali dan Hael Husaini.

    Saksikan siri Hotlink GBB Next Chapter sertai perbualan dan kongsikan pengalaman tontonan anda dengan hashtag rasmi #HotlinkGengBijakBerbajet dan di media sosial.

    Hotlink Prepaid & Postpaid, Pelan Internet dengan Nilai Terbesar dan Ganjaran Melimpah. Pasti mampu tukar ke Hotlink, pilihan utama Geng Bijak Berbajet.

    Untuk mendapatkan info terkini tentang program kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, X, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia.

    The post Kamal Adli Ketuai Misi ‘Hotlink: Geng Bijak Berbajet’, Percutian Berbaloi Tapi Poket Tak Rabak! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah