Festival Filem Malaysia (FFM) kembali untuk edisi ke-34 dengan mengumumkan satu kategori baharu iaitu Anugerah Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik.
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Tak Letak Harapan Menang Pelakon Wanita Terbaik FFM33 – ‘Ada Yang Lebih Layak, Saya Mahu Figura Itu Naik Pentas’
Artikel Berkaitan: Filem Imaginur & Abang Adik Bersaing Sengit, Tercalon Lebih 10 Kategori & Diramal Menang Filem Terbaik Di FFM 33
Kategori baharu

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching memberitahu, kategori tersebut untuk mengiktiraf keberanian anak seni dalam menjayakan adegan lagak ngeri.
Kategori ini bagi mengiktiraf keberanian, kesungguhan dan profesionalisme para karyawan dalam menjayakan adegan aksi yang mencabar secara selamat dan berkualiti.
Lonjakan ketara penerbitan filem aksi tempatan bukan sahaja berkualiti dari segi teknikal, malahan mempunyai nilai tontonan yang tinggi.
Kategori ini diperkenalkan untuk meraikan usaha luar biasa tenaga produksi, pasukan teknikal dan para pelakon lagak ngeri yang sering berada di barisan hadapan babak berisiko tinggi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di sidang media FFM34 yang diadakan di FINAS, Hulu Kelang pada Selasa.
Dalam pada itu, Pengarah FFM34, Yang Mulia Raja Mohammad Adhzim Raja Ahmad berkata, penyertaan kesemua 30 kategori yang dipertandingkan kali ini dibuka bermula 8 Julai sehingga 18 Julai 2025.
Kami jemput mana-mana karya yang diterbitkan bermula 1 Julai 2024 hingga 30 Jun tahun ini untuk menghantar penyertaan.
Sementara itu, Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac memberitahu tema pada edisi kali ini adalah ‘Karya Kreatif Sinema Dinamik’.
Tema pada tahun ini adalah Karya Kreatif, Sinema Dinamik. Ini bertepatan untuk menjayakan semangat kepelbagaian dalam sinematik negara ini.
Karya kreatif mewakili mereka mencipta naskhah yang luar biasa, visual mahupun suara. FFM mahu jadi sebahagian daripada kejayaan ini.
Tahun ini FFM akan ditampilkan dengan pengisian lebih menyeluruh dan mendalam merangkumi tiga teras iaitu pengiktirafan sebanyak 30 kategori yang akan dipertandingkan.
Dalam pada itu, sebanyak 29 kategori lain turun diumumkan termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik.
Turut dipertandingkan kategori Pengarah Harapan, Pelakon Lelaki Harapan, Pelakon Wanita Harapan, Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penyunting Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik dan Penataan Seni Terbaik.
Selain itu, kategori Kesan Khas Visual Terbaik, Skor Muzik Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Tatarias/ Solekan Terbaik, Rekaan Kostum/ Busana Terbaik, Poster Terbaik, Filem Pendek Terbaik, Dokumentari Terbaik, Anugerah Khas Karyawan, Anugerah Khas Sepanjang Zaman, Anugerah Khas Juri 1, Anugerah Khas Juri 2 dan Anugerah Khas Filem Box Office.
FFM34 bakal berlangsung pada 8 November 2025 di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, Kota Media.
The post FFM34 Umum Kategori Baharu, Anugerah Aksi & Lagak Ngeri Terbaik first appeared on OHBULAN!.





