Pelakon, Abby Abadi tidak berdiam diri apabila terdapat individu yang bersikap seolah-olah lebih mengetahui tentang isu yang melibatkan anaknya, Marissa Dania.
Artikel Berkaitan: ‘Dua Tahun Saya Biarkan Marissa Dania Berada Dalam Hubungan Yang Menyusahkan’ – Abby Abadi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi Dedah Norman Hakim Tak Pernah Marah Marissa Dania – ‘Datang Jumpa Macam Orang Luar’
Diam je

Menerusi komen di ruangan Threads, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan, 48, menyelar kenyataan individu terbabit dan menasihatkan agar dia tidak memberikan sebarang komen lanjut sekiranya tidak mengetahui perkara sebenar.
Individu itu dalam nada sinis menyatakan Marissa tidak pernah bersalah dalam isu melibatkan rumah tangganya malah dia juga kemungkinan tidak sedar sudah menikahi dengan suami orang.
Kalau tidak tahu, diam saja tidak boleh ke? Apa yang berlebih sangat kau ni?
Ada menyusahkan hidup kau ke?
Jangan bersuara?

Sebelum ini, Abby memuat naik hantaran di Threads berharap isu yang membelengu Marissa ditemukan jalan penyelesaian.
Abby turut memuat naik tangkap layar yang memaparkan komen-komen netizen berkaitan dengan Marissa.
Menurut Abby, terdapat individu yang memintanya untuk berdiam diri mengenai isu itu namun memilih untuk mengendahkan amaran yang diberi.
Kalau saya tidak diam, dia akan diamkan. Okay cubalah.
Sembang bukan main lagi walhal satu benda pun tidak boleh nak selesaikan, marilah kalau berani.
Sumber: Threads
The post ‘Kalau Tidak Tahu, Diam Saja Tidak Boleh Ke?’ – Abby Abadi Sound Netizen ‘Kepoh’ Isu Marissa Dania first appeared on OHBULAN!.





