Pelakon Catriona Ross berpandangan penilaian terhadap sesuatu hidangan makanan adalah bersifat subjektif dan boleh ditafsirkan secara berbeza oleh setiap individu.
Artikel Berkaitan: Pelanggan Kurang Puas Hati Makan Di Restoran, Sheila Rusly Respon – ‘Kalau Tak Sedap, Saya Faham’
Artikel Berkaitan: ‘Tanpa Sedar Anak Istimewa Jadi Guru Terbaik Dalam Dalam Hidup Saya’ – Catriona Ross
Perlu bersikap professional

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu berkongsi pengalamannya mencuba hidangan makanan di sebuah restoran milik artis selepas tertarik dengan gambaran yang kelihatan menyelerakan, namun mendapati rasanya tidak menepati jangkaan.
Saja nak support kedai makan artis sebab tengok dalam gambar kemain nampak terliur macam sedap je.
Sekali bila dah rasa, biasa je.
First and last lah makan dekat sini, mungkin tak kena dengan tekak kami kot.
Hantaran tersebut menarik perhatian pelakon Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 45, yang menegaskan bahawa dirinya bukan bersikap pilih kasih.
Namun, dia berpendapat sebagai pelanggan, ulasan yang menyatakan sesebuah restoran itu tidak sedap tidak wajar dibuat secara terbuka.
Tambahnya lagi, perkara tersebut boleh memberi kesan besar sehingga mampu menjejaskan perniagaan seseorang.
Cita rasa memang sangat subjektif, ia sesuatu yang sangat rumit.
Tanpa bersikap berat sebelah, saya berpendapat jika sesebuah restoran itu makanannya kurang sedap pada kita, perkara itu tidak sepatutnya ditulis secara terang-terangan.
Ia boleh menjejaskan perniagaan restoran tersebut.
Dalam masa sama, aktres drama ‘Salina’ itu turut meluahkan pandangan bahawa pendekatan yang lebih profesional adalah dengan menyuarakan aduan secara terus kepada pihak pengurusan.
Lebih profesional jika awak berjumpa dengan manager dan sampaikan aduan secara terus.
Namun begitu, apa yang tidak sedap pada selera kita mungkin sebenarnya sedap pada pelanggan lain.
Sumber: Threads
The post ‘Kalau Restoran Itu Tak Sedap Pada Kita, Tak Perlu Tulis Secara Terang-Terangan’ – Catriona Ross first appeared on OHBULAN!.





