26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ’Kalau Orang Cakap Pasal Saya Pun, Saya Tetap Senyum Sebab Itu Pahala Saya’ – Salamiah Hassan

    Shopee Sale

    Penyanyi legenda tanah air, Salamiah Hassan berkongsi pengalaman hidupnya yang penuh dengan pengorbanan, kehilangan dan pencarian makna sebenar sebuah kebahagiaan.

    ‘Sekarang ni saya cuma nak buat yang terbaik’

    Salamiah yang kini berusia 74 tahun hadir ke satu sesi pemulihan diri (healing session) yang dikendalikan oleh pakar pembangunan diri, Dr. Hisham Dzakiria yang berlangsung di Ascott Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Menerusi sesi tersebut, pelantun lagu Gelombang ini meluahkan isi hati selain turur berkongsi momen peribadi serta proses membina semula kekuatan diri selepas menempuh pelbagai episod sukar dalam hidup.

    Saya dah lalui semua. Sekarang ni saya cuma nak buat yang terbaik. Bukan untuk siapa-siapa, tapi untuk diri sendiri, keluarga dan untuk jumpa suami di jannah.

    Lebih meruntun hati apabila beliau turut berkongsi mengenai ‘rahsia’ hubungannya selama 20 tahun bersama seorang lelaki. Namun sosok yang dicintainya itu telah meninggal dunia akibat kanser tahap empat semasa pandemik. 

    Saya sendiri simpan rahsia itu lama. Sampai anak-anak pun tak tahu. Bila saya pasti dengan apa yang saya rasa, barulah saya beritahu mereka. Mereka semua terkejut,”

    Saya bersyukur, dia pergi pada hari yang baik. Itu orang baik.

    Ujar Salamiah lagi, pesanan daripada arwah pada suatu ketika dahulu menjadi sumber kekuatan untuk dirinya meneruskan kehidupan.

    Dia selalu pesan, ‘Jadi apa yang you nak jadi dalam hidup’. Sampai sekarang saya ingat. Itu yang buat saya terus nak jadi lebih baik.

    ‘Saya nak sihat, saya nak tenang’

    Menurut Dr Hisham, sepanjang sesi tersebut beliau sempat membimbing penyanyi itu melalui teknik visualisasi dan latihan pernafasan mendalam untuk menyelami perubahan dirinya

    MENARIK:  Healing & Moreh Percuma di ‘Sesi Santai Moreh Bersama OPPO x MBUZZ

    Difahamkan, pendekatan tersebut tidak melibatkan hipnosis, tetapi menggunakan kaedah psikologi lembut berasaskan Neuro-Linguistic Programming (NLP).

    Manusia ni penuh dengan corak (pattern). Kalau nak berubah, kita kena tahu pattern mana yang rosakkan kita. Dan kena tukar dengan pattern yang bantu kita jadi lebih baik.

    Salamiah turut mendedahkan bahawa kini beliau lebih menghargai ketenangan dalaman berbanding perhatian luaran.

    Dulu saya suka beli baju. Sekarang saya bagi pada orang. Yang tak ada lengan saya bagi pada mereka yang bukan Islam, yang berlengan saya beri pada anak-anak saudara. Saya rasa ringan bila saya lepaskan.

    Namun, di sebalik keteguhan dan senyuman, Salamiah tidak menafikan bahawa beliau pernah merasa letih, menangis, dan hilang kepercayaan terhadap orang sekeliling.

    Saya susah nak percaya orang. Bila kawan kongsi masalah, saya simpan. Tapi bila tiba giliran saya, saya tak tahu nak cerita pada siapa. Tapi saya belajar satu perkara. Menangis itu bukan lemah. Menangis tu sebenarnya tanda kita dah mula healing.

    Sesi selama hampir sejam itu ditutup dengan satu pengajaran besar bahawa untuk menjadi insan yang lebih baik, seseorang harus terlebih dahulu mengenali dirinya sendiri. 

    Saya nak sihat, saya nak tenang, saya nak gembira. Kalau orang cakap pasal saya pun, saya tetap senyum. Sebab itu pahala saya.

    The post ’Kalau Orang Cakap Pasal Saya Pun, Saya Tetap Senyum Sebab Itu Pahala Saya’ – Salamiah Hassan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah