26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kakak Sedih Setiap Kali Dengar Lagu Arwah Achik Spin – ‘Kalau Dimainkan Di Radio Saya Terus Tutup’

    Shopee Sale

    Pemergian penyanyi Allahyarham Achik Spin, ternyata memberikan kesan yang mendalam terhadap kakak sulung arwah iaitu Nurul Azua Md. Shari.

    Artikel Berkaitan: ’14 Tahun Arwah Meninggalkan Kami, Rindu Sangat’ – Keluarga Achik Spin

    MENARIK:  [VIDEO] Jimin BTS & Song Da Eun Didakwa Bercinta? Rakaman Di Apartmen Cetus Spekulasi Peminat

    Artikel Berkaitan: ‘Dia Ada Hati Dekat Saya, Saya Balas Cinta Dia’ – Siti Nordiana Dedah Pernah ‘Couple’ Dengan Arwah Achik Spin

    Rasa sedih

    " data-video-id="7358629605592370433" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @nurul_faizul79

    #viraltiktok #myfamily #fypp #raya2024 #achikspinsiblings #arwahacikspin #fansarwahachikspin alfatihah…Insya Allah Kita akan bertemu di sana 🥹🥹

    ♬ Utusan Rindu by Spin HQ Audio – Achik Spin fans

    Nurul yang juga peserta Kilauan Emas musim kelapan itu memberitahu, hubungan adik-beradiknya sangat rapat sejak mereka kecil lagi.

    Keakraban itu membuatkan Nurul akan berasa hiba setiap kali mendengar lagu-lagu arwah Achik meskipun sudah 15 tahun kehilangannya.

    Saya reda tetapi setiap kali dengar nyanyian Achik terus timbul rasa hiba, malah kalau lagunya dimainkan di radio terus saya tutup. Pernah di sebuah pasaraya lagunya diperdengarkan, saya terus meraung.

    Sampai sekarang pun saya elakkan (dengar) hingga ada yang bertanyakan perkara ini. Bukan tak nak dengar, cuma saya memang sedih. Tak boleh langsung.

    Ini kerana kami sembilan beradik sangat akrab. Dulu emak kerja ikut shift, jadi saya jaga adik-adik di rumah. Masa umur enam tahun saya dah pandai masak. Kiranya sayalah kakak, sayalah ibu.

    Nurul berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media Kilauan Emas musim kelapan di Hotel Summit USJ pada Selasa.

    Cabaran pertandingan

    Menurut Nurul, dia akan cuba sedaya upaya untuk membawa lagu-lagu arwah andai diberi tugasan pada minggu pertandingan walaupun mengakui sukar untuk mengawal emosi.

    Apabila memasuki pertandingan sebegini, kita tak dapat jangka apa-apa tapi apa pun saya akan cuba melakukan yang terbaik.

    Sebenarnya kalau bawa lagu rancak tak terasa sangat, ada lah juga saya nyanyi berduet dengan anak tapi dendangan sedih macam Tragedi Cinta, Benang Emas memang saya tak nyanyikan lagi.

    Sebab dua lagu itu adalah kisah dia. Jadi perasaan kita pun terusik sama.

    Sekadar info, Achik yang merupakan vokalis kumpulan Spin meninggal dunia pada 17 April 2010 dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn Bhd (LEKAS).

    Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.

    Nama kumpulan Spin menjadi fenomena sekitar tahun 90-an dan awal 2000 menerusi untain lagu hits mereka seperti Malam Semakin Dingin, Mengusung Rindu, Malam Semakin Dingin dan banyak lagi.

    Achik juga popular menerusi lagu duet bersama penyanyi Siti Nordiana menerusi lagu Memori Berkasih, Gurauan Berkasih dan banyak lagi.

    The post Kakak Sedih Setiap Kali Dengar Lagu Arwah Achik Spin – ‘Kalau Dimainkan Di Radio Saya Terus Tutup’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah