31.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ibu Tamatkan Riwayat Dua Anak Kandung Sebelum Bun*h Diri Sendiri Dalam Banglo Berharga RM6.6 Juta

    Shopee Sale

    Seorang ibu didakwa membunuh dua orang anaknya sebelum mengakhiri hayatnya sendiri di dalam kediaman mewah mereka yang bernilai $1.7 juta (kira-kira RM6 juta) di Lakewood Ranch, Florida.

    Artikel Berkaitan: Wanita 21 Tahun Racun Mangsa Hingga Maut, Guna ChatGPT Rancang Pembunuhan

    Artikel Berkaitan: Penculik Tersalah Sasaran, Datuk Umur 85 Tahun Jadi Mangsa Pembunuhan

    Ibu bunuh dua anak kandung

    Memetik laporan Daily Mail, Pejabat Syerif Daerah Manatee (MCSO) mengesahkan mangsa ialah Monika Rubacha, 44, bersama dua anaknya, Josh James, 14, dan Emma James, 11. 

    Mayat mereka ditemui di dalam rumah yang terletak di komuniti berpagar eksklusif itu pada Khamis lalu, sekitar jam 8.30 malam.

    Menurut pihak berkuasa, Monika dipercayai membunuh Josh dan Emma di bilik berasingan sebelum bertindak menamatkan riwayatnya sendiri.

    MENARIK:  Noorkhiriah Tegaskan Tiada Akaun TikTok, Tak Mahu Netizen Salah Faham – ‘Mohon Bantu Report’

    Kejadian ngeri itu terbongkar selepas suami mangsa, Richard James, 45, menghubungi polis untuk melakukan pemeriksaan kebajikan apabila dia gagal menghubungi ahli keluarganya. 

    Ketika kejadian, Richard dilaporkan sedang berada di Amerika Selatan atas urusan perniagaan.

    Sebaik sahaja pihak polis memasuki kediaman tersebut, mereka menemui ketiga-tiga mangsa dengan kesan kecederaan yang teruk.

    Siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak berkuasa sedang mengenal pasti punca sebenar kejadian.

    Tragedi ini mengejutkan kenalan rapat kerana Monika sering memaparkan imej kehidupan keluarga yang bahagia dan harmoni di media sosial. 

    Sumber: Daily Mail

    The post Ibu Tamatkan Riwayat Dua Anak Kandung Sebelum Bun*h Diri Sendiri Dalam Banglo Berharga RM6.6 Juta first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah