
Pelakon Elisya Sandha tampil memberi respon berhubung isu membabitkan kakaknya, Fasha Sandha, yang memeluk suaminya, Uzair Haqimy, dalam satu majlis ‘gender reveal’ baru-baru ini.
Respon Elisya

Ketika ditemui oleh pihak , Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan, 26, berkata bahawa perkara tersebut merupakan urusan peribadi mereka sekeluarga.
Bagi saya apa yang penting adalah antara saya, kakak, suami dan keluarga saya.
Kalau kami rasa okay, itu adalah paling penting. Apa orang lain nak cakap dekat luar, saya tak ambil peduli sangat.
Elisya berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Metrowealth Sdn Bhd yang berlangsung di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, menantu kepada pengarah terkenal Sheila Rusli ini juga akui kakaknya itu banyak kekurangan dan masih dalam proses pembelajaran untuk menjadi seorang insan yang lebih baik.
Macam kakak saya cakap, dia pun banyak kekurangan dan masih belajar menjadi kakak ipar terbaik untuk suami saya.
Tapi tulah, kakak saya kenal suami saya dari saya sekolah, jadi dia dah anggap suami saya tu macam adik dia sendiri.
Tambahan pula, dalam keluarga saya cuma ada seorang sahaja lelaki iaitu abang kami, yang lain semua perempuan. Jadi bila adik ipar lelaki ni, dia seronok.
Susulan daripada itu, pelakon drama Serpihan Sayang ini berharap agar orang ramai berhenti mengecam dan berkata buruk tentang kakaknya itu.
Terdahulu, tular sebuah video di TikTok memaparkan Elisya Sandha dan suami membuat gender reveal untuk anak keduanya.
Bagaimanapun, apa yang meraih perhatian netizen adalah apabila Fasha yang kelihatan sangat gembira kemudian memeluk adik iparnya itu.
Tindakannya itu kemudiannya menuai bahan bualan ramai di media sosial.





