27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jus Tembikai Berkesan Dengan Baik Untuk Lunara, Kami Ada Jururawat Pediatrik Peribadi Tinggal Bersama’ – Intan Najuwa

    Shopee Sale

    Pelakon Datin Intan Najuwa menjelaskan tentang tindakan memberi anak perempuannya, Imane Lunara, minum air tembikai pada usia 1 tahun 1 bulan.

    Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Tak Pulang Beraya Di Johor Bahru, Enggan Imane Lunara Stres Hadap Kesesakan Trafik

    Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Kesal Dituduh Sambut Christmas – ‘Mesti Ada Komen Badigol, Niat Hanya Nak Satukan Keluarga Helper’

    Lunara tidak ada kesan sampingan

    Menurut Intan, 29, setakat ini Lunara tidak menunjukkan sebarang reaksi atau kesan sampingan selepas meminumnya.

    Intan turut menjelaskan, dia dibantu oleh jururawat pediatrik peribadi di rumah yang memantau setiap pemakanan Lunara dengan teliti.

    Untuk menjawab soalan ini, dan juga untuk beberapa pengikut saya yang mungkin tertanya-tanya tentang smoothie dan jus yang saya kongsikan untuk Lunara, saya ingin jelaskan sedikit.

    Setakat ini, Lunara tidak pernah mengalami sebarang reaksi buruk atau kesan sampingan terhadap apa-apa yang kami perkenalkan kepadanya.

    Kami mempunyai jururawat pediatrik peribadi yang tinggal bersama kami dan menjaga Lunara sepenuh masa, jadi segala yang diberikan kepadanya, termasuk jadual makanan dan jus, dirancang dengan teliti, selamat dan bebas daripada bahan yang boleh menyebabkan alahan.

    Malahan, Intan Najuwa Abdul Wahid sudah mendapat kebenaran doktor sebelum memberikan Lunara jus tembikai.

    Jus tembikai ini berkesan dengan baik untuk Lunara, namun ia mungkin tidak sesuai untuk setiap kanak-kanak. Malah, doktor sendiri telah memberikan kebenaran untuk kami memasukkannya dalam pemakanan Lunara.

    Netizen mengadu anak cirit birit & muntah

    Sebelum ini, ada netizen bertanya sama ada jus tembikai sesuai untuk kanak-kanak bawah dua tahun, selepas anaknya mengalami cirit-birit dan muntah sejurus meminumnya.

    MENARIK:  Aslam's First Wife Reveals Getting Married at 21, Jokes About Having Three Marriages [VIDEO]

    Untuk rekod, Intan sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023.

    Pasangan ini kemudian dikurniakan cahaya mata perempuan iaitu Lunara pada 15 Disember 2024.

    Sumber: Instagram

    The post ‘Jus Tembikai Berkesan Dengan Baik Untuk Lunara, Kami Ada Jururawat Pediatrik Peribadi Tinggal Bersama’ – Intan Najuwa first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah