Acara Jom Heboh Fun Run 2025 dijangka jadi antara highlight paling meriah tahun ni bila bakal berlangsung buat julung kalinya sempena Karnival Jom Heboh di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan pada 9 November nanti! 
Lebih istimewa, tahun ni juga menandakan ulang tahun ke-22 penganjuran karnival ikonik tersebut dan kemunculan Fun Run ni dianggap sebagai nafas baharu dalam meraikan gaya hidup sihat serta semangat kekeluargaan yang sinonim dengan Jom Heboh sejak dua dekad lalu.
Larian Santai Penuh Fun

Menurut Pengarah Projek Karnival Jom Heboh, Eileen Lim, penganjuran Fun Run ini bukan sekadar tentang berlari, tapi tentang kebersamaan dan keseronokan sekeluarga.
“Selepas 22 tahun, kami mahu membawa dimensi baharu kepada Jom Heboh. Inilah masa sesuai untuk memperkenalkan elemen gaya hidup sihat melalui Fun Run sejauh lima kilometer yang sesuai untuk semua peringkat umur,” jelasnya.
Menariknya, Jom Heboh Fun Run bukan larian kompetitif tapi acara santai yang meraikan semangat kekeluargaan, hiburan dan gaya hidup sihat.
Lari Sama-Sama Dengan Artis & Personaliti TV3, Hot FM & Kool FM!

Bayangkan berlari sambil dengan pengacara Wanita Hari Ini, pembaca berita Buletin Utama, atau penyampai radio Hot FM dan Kool FM. Best gila!
Peserta bakal berlari bersama selebriti dan personaliti kegemaran ramai, menjadikan Jom Heboh Fun Run satu-satunya acara larian keluarga di Malaysia yang disertai ramai bintang ternama.
“Ia bukan sekadar larian, tetapi pengalaman penuh bintang yang tak boleh didapati di tempat lain,” tambah Eileen lagi.
Hadiah, Diskaun & Cenderamata Eksklusif Menanti
Selain dapat ‘sweat it out’ dengan gaya, peserta juga akan menerima baju-T rasmi, beg, bib nombor, serta peluang memenangi hadiah menarik melalui cabutan bertuah!
Untuk yang nak sertai sekeluarga, ada pakej keluarga RM120 (2 dewasa + 2 kanak-kanak).
Paling best ada diskaun istimewa untuk pendaftaran awal!
Acara Riuh 3 Hari Bersama Karnival Jom Heboh

Apa yang buat Fun Run ni lain daripada yang lain, ia berlangsung serentak dengan karnival Jom Heboh selama tiga hari lengkap dengan aktiviti jualan, hiburan dan konsert mega!
Lepas habis lari, korang boleh terus lepak di kawasan karnival sambil nikmati persembahan artis dan aktiviti menarik sepanjang hujung minggu.
Jom Daftar Sekarang Sebelum Terlepas! 

Tempat terhad, jadi jangan tunggu lama-lama!
Korang boleh daftar terus di pautan berikut:
musegroup.asia/event/jom-heboh-fun-run-2025
heyjom.com/event/Jom-Heboh-Fun-Run-2025
howei.com/event_details/jomhebohfunrun2025
Jadi, kalau korang nak habiskan hujung minggu dengan cara sihat, fun dan penuh tenaga positif, inilah masanya!
Ajak keluarga, kawan-kawan dan sama-sama cipta kenangan manis di Jom Heboh Fun Run 2025!
The post Jom Heboh Bawa Pembaharuan — Fun Run 2025 Tampil Dengan Konsep Larian Keluarga Penuh Hiburan! first appeared on OHBULAN!.





