Hari Bapa dah nak dekat, tapi korang masih tak tahu nak buat apa untuk ayah? Daripada belikan hadiah mahal, apa kata korang masak sendiri untuk gembirakan ayah, sebab kadang-kadang, air tangan anak-anak ni lah yang paling menyentuh hati.
Kami kumpulkan 5 resipi yang ringkas, sedap dan confirm boleh buat ayah korang tersenyum bangga. Tak perlu jadi chef profesional pun, janji ikhlas dari hati!
1. Ayam Bakar Madu
Resipi mudah untuk ayah yang gemar akan hidangan manis dengan rasa yang seimbang dan menyelerakan.

Bahan-bahan:
- 4 ketul paha ayam
- 2 sudu besar madu
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil paprika
- 1 sudu kecil serbuk oregano
- 3 ulas bawang putih (cincang)
- Garam & lada hitam
Cara-cara:
- Gaulkan semua bahan bersama ayam dan perap sekurang-kurangnya 2 jam.
- Bakar dalam ketuhar pada 180°C selama 30-40 minit (terbalikkan ayam selepas 20 minit).
- Nak lagi sedap, sapu lagi sikit madu sebelum habis bakar!
2. Spaghetti Daging Cincang Sambal Hijau
Gabungan makanan barat dan citarasa Melayu. Bunyi macam pelik kan? Tapi sedap gila!

Bahan-bahan:
- 200g spaghetti (rebus & tos)
- 200g daging cincang
- 5 biji cili hijau
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu besar minyak masak
- Garam dan perasa
Cara-cara:
- Kisar cili, bawang dan bawang putih.
- Tumis bahan kisar sampai naik bau, masukkan daging cincang.
- Masak sampai kering sikit, gaul dengan spaghetti . Siap!
3. Sup Tulang Ala Mamak
Kalau ayah korang jenis suka makan hidangan berasaskan sup, ni resipi mudah tapi gerenti memikat selera!

Bahan-bahan:
- 500g tulang lembu
- 1 batang kayu manis, 3 biji bunga lawang
- 1 biji bawang besar (hiris)
- 4 ulas bawang putih (ketuk)
- 1 sudu kecil lada hitam (tumbuk kasar)
- Garam secukup rasa
Cara-cara:
- Rebus tulang dalam air mendidih selama 10 minit, buang air tu.
- Masukkan tulang dalam air baru bersama semua bahan lain.
- Rebus lagi selama 1.5–2 jam. Lagi lama, lagi sedap!
4. Sandwich Telur Hancur & Avokado
Simple tapi fancy! Sesuai untuk breakfast surprise!

Bahan-bahan:
- 4 keping roti bakar
- 2 biji telur
- 1/2 biji avokado (lenyek)
- 1 sudu kecil mentega
- Lada sulah & garam
Cara-cara:
- Pukul telur dengan sedikit garam dan lada, goreng atas api perlahan dengan mentega (scrambled style).
- Sapu avokado atas roti, letak telur atasnya.
- Hias sikit dengan serbuk cili atau daun parsley.
5. Kek Kurma Oat Tanpa Gula Tambahan
Kek manis semula jadi, sesuai untuk para ayah yang nak jaga kesihatan.

Bahan-bahan:
- 1 cawan kurma (rebus & lenyek)
- 1 cawan susu rendah lemak
- 2 biji telur
- 1 cawan oat kisar
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1/2 cawan minyak zaitun
Cara-cara:
- Gaul semua bahan sampai sebati.
- Tuang dalam loyang & bakar pada suhu 170°C selama 30-40 minit.
- Biarkan sejuk sebelum potong. Tekstur dia moist & lembut!
Selamat mencuba!
Haa.. Tahun ni korang tak payah pening dan. Cuba je lima resipi ni, confirm mudah dan sedap. Tak kisah la korang newbie ke, anak bongsu ke, asalkan ada niat nak gembirakan ayah, itu yang paling penting!
The post Jom Cuba 5 Resipi Enak Ni Sempena Hari Bapa! first appeared on OHBULAN!.





