
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Jofliam sekali lagi mencuri perhatian ramai berikutan seolah-olah memberi bayangan bakal menamatkan zaman dudanya tidak lama lagi.
‘Fitting baju kahwin’

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Jofliam atau pemilik nama Jofli Abu Bakar itu memuat naik foto seorang wanita sedang memakai busana pengantin dipercayai di sebuah butik.
Pada hantaran yang lain, seorang pekerja di butik tersebut dilihat sedang mengukur badan usahawan pizza wagyu itu.
Fitting baju. Janji kurus sebelum raya.
Bakal nikah?

Paling menarik perhatian, Jofliam menggunakan lagu berjudul Sampai Tua Nanti yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Andmesh sebagai latar muzik untuk kedua-dua hantaran tersebut.
Terdahulu, persengketaan antara Jofliam dan bekas isterinya Cik Epal tidak berkesudahan dengan mendedahkan pelbagai dakwaan antara satu sama lain.
Dewi yang merupakan pekerja Jofliam turut terpalit dan didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan itu.
Jofliam kemudian mengaku menjalinkan hubungan cinta dengan Dewi dan memaklumkan akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki. Namun mereka bercerai pada tahun lalu selepas 10 tahun hidup bersama.





