Penerbit dan pengarah terkenal Jinggo tampil menegur pelakon Kilafairy, berhubung kenyataannya mengenai isu kematian anjing bernama Rocky.
Artikel Berkaitan: Nabila Huda Tulis Luahan Kepada PM, Minta Isu Penderaan Haiwan Dipandang Serius
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kilafairy Rujuk Ustazah, Risau Arwah Ibu ‘Disoal’ Kerana Masih Simpan Baju – ‘Saya Pakai & Ada Sedekahkan’
Teguran Jinggo

Menerusi hantaran di Threads, Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya, 60, berkata, rasa simpati terhadap haiwan merupakan sifat yang wajar ada dalam diri setiap insan.
Bagaimanapun, Jinggo menyifatkan kenyataan Kilafairy adalah melampaui batas kerana kata-kata kesat yang dihamburkannya terhadap individu yang dituduh melakukan perbuatan tersebut.
Bersimpati pada binatang itu baik, tapi doa dan kata-kata awak sumpah sangat tidak baik.
Tambah Jinggo, tindakannya menegur Kilafairy adalah sebagai satu nasihat daripada seseorang yang lebih berusia dan berharap aktres itu tidak berkecil hati.
Ini nasihat orang tua, jangan ambil hati ya.
Terdahulu, Kilafairy lantang bersuara mengenai isu kematian Rocky dan melemparkan kata-kata negatif dengan mendoakan agar individu yang didakwa terlibat menerima balasan buruk.
Kenyataan tersebut kemudian menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata tidak bersetuju dengannya berikutan membuat tanggapan dan dakwaan tanpa mendapatkan maklumat lengkap mengenai isu kematian Rocky.
Sumber: Threads
The post Jinggo Nasihat Kilafairy Isu Rocky – ‘Doa & Kata-Kata Awak Sangat Tidak Baik’ first appeared on OHBULAN!.





