Selepas berdepan beberapa siri kemelut rumah tangga, pempengaruh media sosial, Elcah menyorot perhatian apabila menitipkan doa buat suami tercintanya, Afi.
Artikel Berkaitan: Elcah Gesa Syada Amzah Henti Sebar Fitnah, Tidak Teragak Mahu Saman – ‘Nama Keluarga Aku Calar Sebab Perbuatan Kau’
Artikel Berkaitan: ‘Bini Aku Tengah Dalam Bahaya Ke? Kau Kerja Bomba & Penyelamat?’ – Suami Elcah
Elcah maafkan Afi
View this post on Instagram
Menerusi Threads, Elcah atau nama sebenarnya Aien Hasha berdoa agar Allah SWT meluaskan rezeki Afi seluas-luasnya selain memohon agar segala urusan suaminya itu dipermudah.
Ujar Elcah, dia juga ikhlas memaafkan jika segala kesalahan dan kesilapan Afi menjadi asbab rezeki suaminya itu tersekat.
Ya Allah, jika tersekatnya rezeki suamiku selama ini atas sebab salah dan silapnya terhadap diriku, aku maafkan segalanya ya Allah.
Aku ikhlas memaafkan segala salah dan silapnya terhadap diriku. Kau ampunkan lah segala dosanya, dan silapnya jika dia ada buat salah terhadap diriku.
Aku ikhlas memaafkannya. Kau perluaskan la rezeki suamiku, permudahkan lah urusan sehariannya dan kau lindungilah perjalanannya untuk mencari rezeki dan pulang dari mencari rezeki. Berikanlah kesihatan yang baik.
Terdahulu, Elcah membuat pendedahan mengenai rumah tangganya yang sedang bergolak, malah pempengaruh itu mendakwa suaminya itu pernah berlaku curang.
Untuk rekod, Elcah dan Afi mendirikan rumah tangga pada Januari 2024 dan ini merupakan perkahwinannya yang ketiga.
Posting Elcah

Sumber: Threads Elcah
The post ‘Jika Rezeki Suamiku Tersekat Kerana Salah & Silap Kepadaku, Aku Maafkan Ya Allah’ – Elcah first appeared on OHBULAN!.





