34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jika Masih Dipertemukan, Aku Harap Kita Datang Dengan Hati Lebih Lembut & Ruang Maaf Yang Luas’ – Haqiem Stopa

    Shopee Sale

    Perkongsian pempengaruh dan ikon permotoran, Haqiem Stopa mengenai ujian yang ditempuhinya sepanjang tahun ini telah menyorot perhatian ramai.

    Artikel Berkaitan: Malam Satu Rejab Jadi Saksi, Haqiem Stopa ‘Berjuang’ Doa Rumah Tangga Dengan Aireena Sofia 

    Artikel Berkaitan: Kakak Undur Diri, Berang Haqiem Stopa Larang Masuk Campur – ‘Anggap Saja Aku Dah Mati’

    Luahan Haqiem

    Menerusi hantaran di TikTok, pemilik nama Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 25, itu memuat naik beberapa foto dirinya bersama anak dan juga isteri, Aireena Sofia.

    Haqiem turut menulis luahan hatinya dengan memohon maaf di atas semua kekhilafan yang dilakukan sebelum ini.

    Sebelum tahun ini berakhir, aku ingin minta maaf jika sepanjang perjalanan ini aku pernah menyakiti dengan kata, mengecewakan dengan sikap atau menghilang saat sepatutnya ada.

    Maaf jika aku belajar menjadi kuat dengan cara yang salah, menyimpan terlalu banyak, diam terlalu lama hingga tanpa sedar melukakan orang lain.

    Menurut Haqiem sepanjang tahun ini, dia menerima pelbagai pengajaran hidup dan kini sedang berusaha menjadi seorang insan yang lebih baik.

    Tahun ini mengajarku banyak hal tentang lelah, tentang sabar, tentang melepaskan dan tentang menerima diri seadanya.

    Aku tak sempurna dan mungkin takkan pernah sempurna tapi aku sedang belajar menjadi lebih baik daripada semalam.

    Dalam masa yang sama, jika masih ada peluang untuk menyatukan kembali keluarga kecilnya, Haqiem berharap ia dapat dilalui dengan penuh kesabaran dan kematangan.

    Jika esok kita masih dipertemukan, aku harap kita datang dengan hati yang lebih lembut, niat yang lebih jujur dan ruang maaf yang lebih luas.

    Selamat tinggal tahun yang menguatkan, selamat datang tahun yang memberi tenang.

    Terdahulu, Haqiem menyatakan tidak bersetuju dengan tuntutan cerai yang difailkan oleh Aireena pada 4 November lalu.

    MENARIK:  [VIDEO] MUA Bellaz Menangis, Dedah Sebab Rakam Setiap Momen Bersama Anak-Anak – ‘Bila Sudah Tiada Boleh Tengok Balik’

    Sebelum ini, Aireena mendakwa suaminya itu berlaku curang beberapa kali sepanjang perkahwinan mereka. Bagaimanapun, Haqiem enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut.

    Sekadar info, Haqiem dan Aireena mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober tahun lalu. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki bernama Hud yang kini berusia tiga bulan.

    Sumber: TikTok Haqiem Stopa

    The post ‘Jika Masih Dipertemukan, Aku Harap Kita Datang Dengan Hati Lebih Lembut & Ruang Maaf Yang Luas’ – Haqiem Stopa first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah