30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, October 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jep Mengamuk! Muak Isu Sama Dijadikan Konten, Tunjuk WhatsApp Shuib Tak Berbalas – ‘Aku Dah Minta Maaf Walaupun …’

    Shopee Sale

    Pelawak, Jep Sepahtu mengakui sudah muak apabila nama dan kisahnya terus ‘dipergunakan’ Shuib dan Mamat sebagai bahan ‘content’ serta strategi pemasaran mereka.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib Rindu Untuk Berkarya Dengan Jenaka, Akui Jep Pasangan Terbaik – ‘Kita Terima Kalau Ini Takdirnya’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ucapan Jep Sepahtu Untuk Rakan Sekerja Bikin Netizen Terharu – ‘Di Hari Terakhir Dapat Dengar Nama Shuib’

    Dah minta maaf

    View this post on Instagram

    A post shared by Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

    Menurut pemilik nama Mohd Nadzri Zainal Abidin, 41, perkara itu sudah banyak kali berlaku bahkan dia juga telah menuturkan perkataan maaf kepada mereka.

    Kata Jep, dia tidak kisah sekiranya Shuib tidak membalas mesejnya namun kurang gemar sekiranya hanya mahu menunjukkan keburukannya sahaja di khalayak ramai.

    Aku dah minta maaf walaupun macam-macam dah kau buat dekat aku. Aku dah tersangat muak dengan isu ini.

    Aku tak kisah pun kau tak balas WhatsApp aku tapi janganlah depan orang ramai kau wayang kononnya kau lah yang terpaling mulia dalam bersahabat.

    Mungkin kau risau kot kalau isu ni selesai dah tiada pula isu kau nak mainkan.

    Teringat dulu kau pernah cakap ‘bad publicity is still publicity’.

    Hari ni aku nak ingatkan kau, yang aku sama seperti dulu tak hamak benda-benda publicity ni.

    Mengakui penat dengan perkara ini, Jep meminta agar Shuib dan Mamat berhenti menggunakan sentimen persahabatan mereka sebagai content.

    MENARIK:  Tuduhan Aliff Aziz terhadap Ruhainies sebagai ‘Mastermind’ penurunan Bella Astillah – NRF bantu dengan Peguam, Driver, Bodyguard

    Menjelaskan tentang bayaran yang sering disebut-sebut mereka, Jep menjelaskan sebelum ini mereka tidak pernah berurusan bayaran secara kumpulan.

    Dari dulu semuanya urus secara individu.

    Kalau betul memang ada cerita pasal bayaran tu, terus sebut la nama, senang sikit aku nak hantar LOD.

    Jangan berkias-kias dekat podcast dan berusaha bersungguh-sungguh buat orang bersangka buruk untuk benci aku.

    Aku dah biasa kotorkan tangan untuk pastikan hasilnya bersih daripada mencuci duit nak nampak kan dia bersih.

    Kata Jep, pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap dirinya apabila mereka sering bercakap buruk tentangnya, malah sanggup memfitnah dirinya.

    Macam-macam orang dah kau kumpul kat podcast kau untuk burukkan aku, tu pun masih tak tenang ke? Ya, kau orang baik, aku orang jahat. Pergilah selamatkan diri kau.

    Pesanan terakhir aku jangan ganggu aku yang tengah sibuk beri perhatian besarkan dua anak syurga aku.

    Kalau hidup kau tak tenang itu kau punya pasal. Jangan ganggu hidup orang lain. Jangan asyik burukkan orang untuk tutup pekong kau.

    Sumber: Instagram

    The post Jep Mengamuk! Muak Isu Sama Dijadikan Konten, Tunjuk WhatsApp Shuib Tak Berbalas – ‘Aku Dah Minta Maaf Walaupun …’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah