24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Janna Nick, Awak Tak Perlu Berpura Neutral & Acah Savage..Semua Isu Awak Nak Tunggang’ – Ibu Puteri Balqis

    Shopee Sale

    Ibu kepada pelakon, Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd Aziz, meluahkan rasa terkilan terhadap aktres dan pengacara, Janna Nick, berhubung satu kenyataan yang dimuat naik selebriti tersebut di aplikasi Threads.

    Artikel Berkaitan: ‘Kau Buat Club Macam Kampung, Arak Seperti Sungai..Buat Anak Macam Memancing, Tangkap & Lepas’ – Tunang Puteri Balqis

    Artikel Berkaitan: ‘Yang Kaki Club, Makan Dadah & Kaki Botol Bukan Mak Aku..Yang Gugurkan Anak Bukan Aku Tapi Kau’ – Puteri Balqis

    ‘Kami tak pernah tunggang isu awak’

    Menerusi hantaran di Instagram, Norashikin secara terbuka meminta Janna agar tidak mencampuri urusan mereka.

    Norashikin mendakwa pelakon Bukan Puteri Lindungan Bulan itu tidak menyokong mereka secara ikhlas sebaliknya sikap ‘neutral’ yang dipamerkan itu sebenarnya mempunyai niat tersirat.

    Nak ambil tahu boleh, tapi ayat-ayat awak lebih kepada menekan kami. Kami tak pernah tunggang isu awak.

    Ini bukan neutral. Ini backhanded. Dan saya sangat sedih dgn ayat-ayat awak. Tidak ada ayat pemberi semangat.

    Puji Sweet Qismina

    Dalam pada itu, Norashikin sempat memuji keperibadian pelakon Sweet Qismina yang disifatkan sebagai seorang yang ikhlas dan jujur. 

    Kalau betul nak tunjuk baik, jadi seperti Sweet Qismina. Dia DM anak saya, bagi semangat pada anak saya. Dan saya sangat hormat cara Sweet Qismina dari dulu.

    Sweet Qismina orangnya tegas, lantang juga, tetapi bersebab. Dia tidak berpura-pura baik. Dia memang baik. Dia tahu dia ikhlas dengan anak saya. Jadi dia tak terasa langsung dengan apa yang kami sebut.

    Tidak terhenti di situ, Norashikin mengakui sedih apabila keluarganya sering dipersalahkan oleh segelintir pihak sedangkan mereka adalah mangsa.

    Ayat-ayat kejam yang ditujukan pada kami dipandang sepi. Hinaan pada kami seperti angin lalu.

    Cerita kami juga ‘dibogelkan.’ Aib kami juga 100% dibogelkan secara lantang dan disebut nama.

    Terdahulu, Puteri Balqis menyeru nama pelakon Mia Sara Nasuha ekoran dakwaan terpalit dengan isu memburukkan keluarganya.

    MENARIK:  Qasrina Karim Titip Doa, Kongsi Foto Suasana Pilu Di Pusara Arwah Bapa Erysha Emyra

    Dakwa Aqish, Mia turut memburukkan ibunya secara terbuka, selain meninggalkan tanda suka pada komen berunsur hinaan.

    Malah seorang krew produksi yang pernah bekerjasama dengan kedua-dua aktres itu mendakwa pernah terdengar perbualan antara Mia Sara dan pelakon Rykarl yang menghina Puteri Balqis.

    Kemudian, bapa tiri Balqis iaitu Faris mengakui tidak akan sesekali memaafkan Mia Sara atas fitnah terhadap isteri dan anaknya.

    Puteri Balqis kemudian menuntut Mia Sara untuk membuat permohonan maaf kepada ibunya atas segala hinaan yang dilemparkannya selama ini.

    Sumber: Instagram Puteri Balqis

    The post ‘Janna Nick, Awak Tak Perlu Berpura Neutral & Acah Savage..Semua Isu Awak Nak Tunggang’ – Ibu Puteri Balqis first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah