28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Janganlah Terus Hukum Lapan Rakaat Bukan Tarawih’ – Amin Idris

    Shopee Sale

    Solat sunat tarawih merupakan antara ibadah yang amat dinanti-nantikan setiap kali tibanya bulan Ramadan.

    Ia dilaksanakan pada waktu malam selepas solat Isyak dan menjadi amalan istimewa yang menghimpunkan umat Islam untuk ke masjid dan surau.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amin Idris Rupanya Seorang Mualaf – ‘Saya Pernah Diketawakan Sebab Solat Zohor 8 Rakaat Dengan 1 Salam’

    Artikel Berkaitan: ‘Berhenti Jadikan Orang Bod*h Famous’ – Amin Idris

    Ibadah tarawih

    View on Threads

    Pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris, bagaimanapun menyelar segelintir individu yang dilihat terlalu cepat menghukum serta mempertikaikan mereka yang menunaikan solat sunat tarawih sebanyak lapan rakaat.

    Menerusi hantaran di Threads, Amin menegaskan bahawa isu jumlah rakaat solat sunat tarawih tidak seharusnya dijadikan bahan perbalahan kerana ia adalah pilhan dan kemampuan masing-masing untuk beribadat.

    Nak pilih 20 rakaat silakan, nak pilih lapan rakaat pun silakan.

    Janganlah terus menghukum lapan rakaat bukan tarawih. Begitu juga 20 rakaat.

    Menurut Amin, masyarakat seharusnya tidak menjadi punca kepada individu menjauh daripada melaksanakan ibadah kerana sikap mereka yang gemar mempersoalkan amalan orang lain.

    MENARIK:  [VIDEO] Lepas Duit Arwah Isteri Hilang, Ridzokumura Simpan Harta Di Bank – ‘Duit Orang Dah Meninggal Pun Korang Nak Ambil’

    Dalam masa sama, Amin juga mengajak orang ramai menghidupkan bulan yang penuh keampunan dan berkat ini.

    Jangan jadikan ia sesuatu perkara yang rumit.

    Yang malas beribadah dah ramai, tiba-tiba datang suara demotivate mereka yang sekian lama bertarawih dengan lapan rakaat, yang sememangnya ada nas qawl fuqaha.

    Jom bangunkan Ramadan!

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan yang disuarakan Amin dan menyifatkan kenyataannya sebagai peringatan yang wajar.

    Warganet turut berpendapat, tumpuan sepatutnya diberikan kepada keikhlasan dan konsistensi dalam beribadah, bukannya jumlah rakaat semata-mata.

    Sumber: Threads

    The post ‘Janganlah Terus Hukum Lapan Rakaat Bukan Tarawih’ – Amin Idris first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah