28.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jangan Paksa Aku Cerita Aib Masing-Masing’ – Shakilla Khoriri Berang Dakwa Anak Tak Diurus Dengan Baik

    Shopee Sale

    Pelakon, Shakilla Khoriri meluahkan rasa kecewa pada individu yang tidak didedahkan identiti ekoran pengurusan puteri tunggalnya, Ameena Sofia.

    Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri Seru Pelakon Berkualiti Kembali Warnai Industri Hiburan – ‘Letih Nak Hadap Pelakon Tanpa Jiwa’

    Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri Raikan Graduasi Ameena – ‘Banyak Aku Korbankan, Anak Yang Ringan Tulang’

    Pengurusan anak

    View this post on Instagram

    A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagtam (IG), Shakilla, 37, mempersoalkan beberapa hal ekoran aduan yang diterima menerusi Ameena.

    Dakwanya, Ameena tidak diuruskan dengan baik dari segi penampilan dan wang perbelanjaan ke sekolah.

    Mahal ke harga getah rambut untuk ke sekolah sampai anak aku kena soal kenapa aku tak sediakan sekali?

    Banyak sangat ke RM3 duit belanja sekolah yang aku berikan pada anak sampai tak diberikan hari ini pada dia?

    Kali ni aku tak marah. Tapi aku sedih. Rasa nak pecah dada.

    Rezeki budak tu diberikan akal fikiran lebih baik berbanding dengan kalian yang dewasa hanya pada nama. Tak bodoh dan tidak pulak pekak bila kalian bercakap tentang maknya.

    Munafik

    Tidak terhenti di situ, Shakilla memberi gambaran seakan berang apabila didakwa hak anak perempuannya di rampas demi kepentingan diri sendiri.

    MENARIK:  [VIDEO] Syamsul & Ira Kazar Tak Jadi Cerai, Mahkamah Tetapkan Tarikh Baharu 25 September

    Tambah Shakilla, dia enggan membuka aib mana-mana pihak malah menyerahkan orang awam untuk menilai menerusi media sosial.

    Ingatkan dah puas rampas hak budak itu untuk kepentingan diri sendiri yang tak pernah dipertanggungjawabkan. Tapi masih lagi ada benda tak puas hati.

    Jangan paksa aku cerita aib masing-masing. Cukup lah dengan penulisan di media sosial yang mencerminkan diri sendiri.

    Nampak bodoh dan kelakar. Tahu takut dengan netizen dari yang atas tapi berhenti munafikkan penulisan dengan kehidupan realiti.

    Sumber: Instagram @shakillakhoriri

    The post ‘Jangan Paksa Aku Cerita Aib Masing-Masing’ – Shakilla Khoriri Berang Dakwa Anak Tak Diurus Dengan Baik first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah