30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dari Glowing Tulip Garden Sampai Snowing Session, Semua Ada Di ‘Echoes of Joy’ Gamuda Cove!

    Shopee Sale

    Hujung tahun dah makin dekat dan kalau korang tengah cari port best untuk rasai suasana Krismas yang meriah, ini tempat yang korang tak boleh miss!

    Gamuda Cove bakal hidup dengan warna, cahaya dan kegembiraan menerusi ‘Echoes of Joy’! Sebuah acara Krismas yang confirm buat semua lapisan umur rasa teruja!

    Ayuh ketahui lebih lanjut apa yang tersedia buat korang semua sempena Echoes of Joy di Gamuda Cove!

    Glowing Tulip Garden Port – OOTD Yang Korang Wajib Singgah!

    Bayangkan taman penuh dengan bunga tulip bercahaya di waktu malam, serius memang magical!

    Sambil berjalan-jalan, korang boleh OOTD puas-puas sebab setiap sudut nampak macam dalam filem Krismas.

    Peluang Untuk Main Ice Skating Secara Percuma!

    Nak tahu apa yang lagi padu? Korang boleh main ice skating secara PERCUMA! Yes, betul tu! Masuk je dan korang boleh terus layan ice skating seakan pro. Wow, bestnyaaa!

    Christmas Marching Band dan Santa Coming To Town!

    Anak-anak confirm tak sabar nak jumpa Santa sebab Santa sendiri akan muncul untuk beramah mesra dan ambil gambar!

    Bukan tu je tau, korang bakal disajikan dengan persembahan pancaragam dengan tema Christmas yang penuh keunikan tersendiri. Sesuai sangat untuk bawa keluarga, pasangan atau rakan-rakan.

    Christmas Bazaar dan Kids’ Pop-up Market bersama Binkboo

    Nak isi perut sambil lepak? Korang boleh singgah  restoran kita di Townsquare serta ada Christmas Bazaar yang menawarkan pelbagai jenis juadah yang best-best! 

    Yang lagi cool, Christmas Bazaar tahun ni turut berkolaborasi dengan AFFIN BANK, SIDEC dan Halo Pink Market. Memang meriah habis!

    Paling win, terdapat ada juga Kids’ Pop-up Market di mana si comel sendiri jadi ‘pengurus’ gerai makanan mereka. Seriuslah… memang unik dan confirm tarik perhatian ramai!

    Gerai yang dibuka buat semua ini pastinya dapat mencungkil keyakinan serta semangat keusahawanan mereka.

    Acara Junior MasterChef Workshop bersama Binkboo juga tidak kurang hebatnya. Anak-anak kecil berpeluang mempamerkan bakat memasak mereka.

    Untuk pengetahuan, terdapat tiga hidangan yang bakal dimasak sewaktu acara terdiri daripada Twinkle Twirl Pasta, Winter Wonderland Pancake dan Santa’s Snowy Treat. Pastinya menjadi pengalaman yang menarik buat si kecil!

    Terdapat juga snowing session dan juga sesi bertukar-tukar hadiah di mana korang berpeluang sertai serta menukar hadiah sewaktu acara dijalankan. 

    Khas untuk acara Junior MasterChef Workshop bersama Binkboo, korang boleh daftarkan si cilik korang untuk sertai workshop ini dengan dapatkan tiket di laman rasmi Binkboo. 

    MENARIK:  [VIDEO] PU Riz Dedah Neelofa Tak Pernah Merajuk

    Confirm tak bosan dari mula sampai habis!

    Suasana Krismas Yang Penuh Ceria & Harmoni

    Dengan cahaya dekorasi yang mempesona, muzik Krismas yang lembut dan aktiviti-aktiviti yang menghiburkan, Echoes of Joy memang direka khas untuk meraikan kasih sayang, kehangatan, dan kebersamaan bersama untuk menjadikan penghujung tahun anda lebih bermakna dan penuh ceria!

    Walaupun Malaysia tak bersalji, di Gamuda Cove korang boleh rasai white Christmas sebenar!

    Jadi kalau korang berada di sekitar Lembah Klang, korang memang patut join dan bawa bersama keluarga dan kawan-kawan. 

    Kesemua acara penuh hiburan dan keriangan ini sedia untuk korang enjoy secara percuma kecuali Junior MasterChef Workshop bersama Binkboo dimana memerlukan sedikit bayaran semasa pendaftaran di website yang tertera.

    Oh ya, setiap tetamu yang hadir bakal menerima biskut Lexus perisa Salted Peanut secara percuma tau! Siapa cepat dia dapat!!!

    Echoes of Joy di Gamuda Cove ni confirm akan jadi memori paling indah sebelum masuk tahun baru!

    Magical Cove Experience: Lagi Best, Lagi ‘Magical’ Bila Ke Gamuda Cove!

    Kalau korang ingat GL Play cuma tempat untuk berseronok dalam taman tema je, korang silap! Magical Cove Experience ni memang dibuat khas untuk bagi korang rasa pengalaman yang lagi padu, siap sambung fun tu sampai ke seluruh kawasan Gamuda Cove.

    Diinspirasikan daripada maskot comel GL Play, inisiatif bertema ni akan membawa korang   pengalaman 360° penuh magik bermula dari perjalanan pergi dan balik ke tarikan GL Play di sekitar Gamuda Cove sampailah ke penginapan korang  di Maya Bay Residences. Memang sesuai kalau nak healing sambil feeling-feeling bercuti dekat luar negara!

    Bukan itu je, korang juga boleh enjoy pelbagai Magical Experience Events dekat kawasan township termasuk , sambutan hari jadi, dan macam-macam persembahan yang buat suasana lagi  meriah.

    Paling best, kalau korang book 1 malam, korang akan dapat percuma GL Play Voucher RM200! Memang berbaloi.

    Nak tahu lebih lanjut? Korang boleh layari laman rasmi mereka di glplay.com.my

    Tarikh: 13 & 14 Disember 2025
    Masa: 4.00 petang – 9.00 malam
    Lokasi: Townsquare Gamuda Cove

    The post Dari Glowing Tulip Garden Sampai Snowing Session, Semua Ada Di ‘Echoes of Joy’ Gamuda Cove! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah