31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jangan Expect Saya Menyanyi Macam Dulu’ – Fauziah Latiff Mohon Maaf Lambat Jayakan Konsert Solo

    Shopee Sale

    Mempunyai seleksi lagu hit bernotasi tinggi, penyanyi, Fauziah Latiff berharap peminat memahami faktor usianya yang kini mencecah 55 tahun dan tidak lagi memiliki tenaga yang sama seperti zaman kegemilangannya pada era 90-an.

    Artikel Berkaitan: Sammy Simorangkir Bikin Peminat Larut Dalam Cinta & Kenangan Silam

    Ubati kerinduan peminat

    Fauziah atau nama lengkap Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff berkata, dia akan memberikan yang terbaik dari setiap sudut dalam konsert ‘4 Decads Fauziah Latiff Live in Concert’ yang bakal berlangsung pada 6 Mei depan.

    Jangan ‘expect’ saya boleh menyanyi macam dulu. Saya pun percaya peminat yang datang ke konsert memahami perkara itu. Dari sudut nyanyian dan persembahan mungkin akan berbeza, selari dengan usia yang sekarang.

    Saya tidak muda lagi, antara kebimbangan adalah untuk memastikan konsert nanti berjalan dengan lancar. Saya mahu semuanya sempurna.

    Fauziah berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert ‘4 Decads Fauziah Latiff Live in Concert’ yang berlangsung di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur, pada Rabu.

    Berkongsi lanjut, pelantun lagu Enggan itu mengakui tidak berasa ralat meskipun hanya muncul dengan konsert solo selepas empat dekad bergelar anak seni.

    Fauziah juga memohon maaf kepada peminat kerana mengambil masa yang lama untuk akhirnya tampil dengan konsert berskala besar.

    Saya tak pernah merasa ralat menunggu selama 40 tahun untuk akhirnya mengadakan konsert solo.

    Wallahi, rasa takut tentu sekali ada untuk menerima tawaran ini, walaupun saya hanya mengambil masa yang singkat sebelum menyatakan persetujuan.

    Ketakutan itu tentunya kerana merasakan tanggungjawab besar yang harus dipikul. Tapi bila fikir-fikir semula, saya dah melalui pelbagai pengalaman jatuh bangun, jadi tiba masa untuk saya terima cabaran ini.

    Konsert ini juga adalah sebagai tanda balasan saya kepada peminat atas sokongan dan membesar dengan lagu-lagu saya.

    Kembalikan memori

    Menurut Fauziah lagi, dia bersetuju bekerjasama dengan penganjur Ideatelier kerana tertarik dengan etika kerja pasukan yang diterajui pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail.

    Saya ada prinsip dalam kerja, jadi bila melihat etika kerja pasukan Ezuwan yang sangat bersistematik, saya terkedu dan kagum.

    Kecekapan mereka itulah yang membuatkan saya bersetuju untuk menerima tawaran ini. Saya nak kembalikan semula memori suatu masa dulu, terutama sekali di zaman Kau Merubah Segalanya.

    Konsert tersebut bakal menampilkan barisan lagu ikonik yang menjadi penanda aras perjalanan seni Fauziah, antaranya Dia, Sekali Ini Saja, Teratai Layu Di Tasik Madu, Setia Ku Korbankan, Menanti Di Ambang Syurga, selain beberapa kejutan eksklusif yang akan diumumkan kelak.

    MENARIK:  ‘Semoga Allah Permudahkan Urusan Fattah & Amira, Tapi Saya Masih Ada Lagi Satu Rahsia’ – Betty Rahmad

    The post ‘Jangan Expect Saya Menyanyi Macam Dulu’ – Fauziah Latiff Mohon Maaf Lambat Jayakan Konsert Solo first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah