31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Semoga Allah Permudahkan Urusan Fattah & Amira, Tapi Saya Masih Ada Lagi Satu Rahsia’ – Betty Rahmad

    Shopee Sale

    Berita mengenai pelakon, Fattah Amin dan penyanyi, Amira Othman yang bakal diijabkabulkan pada 14 September ini bukan sahaja mencetuskan keterujaan peminat, malah turut mendapat perhatian rakan artis.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Betty Rahmad Kongsi Tip Istiqamah, Paksa Diri Lawan Hasutan Syaitan – ‘Kena Selalu Psiko Diri Sendiri’

    Rahsia?

    Antara yang turut menumpang gembira ialah pelakon dan usahawan, Betty Rahmad yang menitipkan doa agar segala urusan bakal pasangan pengantin itu dipermudahkan.

    Alhamdulillah, Kak Long (Amira) dan Abang Long (Fattah), semoga Allah permudahkan segala urusan kalian.

    Betty berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di platform Threads.

    Begitu pun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah pengakuan Betty yang mengatakan dia masih menyimpan satu rahsia besar yang tidak diketahui umum.

    Tapi saya masih ada lagi satu rahsia. Korang yang sibuk kutuk itu, tak payah buang masa sebab mereka tida baca. Jangan bagitahu sesiapa.

    Hantaran tersebut lantas menimbulkan pelbagai teka-teki dan seribu pertanyaan dalam kalangan wargamaya mengenai rahsia yang dikatakan Betty.

    MENARIK:  Tidak Benar & Fitnah! Qawiy Nafi Terlibat Jenayah Gangguan Seksual

    Ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai spekulasi, termasuk ada yang mengaitkan rahsia itu ada kaitan dengan bakal pengantin baharu, manakala segelintir pula mendakwa mungkin melibatkan rakan baik Betty, iaitu Nora Danish.

    Walau bagaimanapun, Betty tidak memperincikan lanjut mengenai rahsia berkenaan dan hanya membiarkan netizen membuat andaian masing-masing.

    Untuk rekod, Fattah dan Amira bakal melangsungkan pernikahan pada 14 September 2025, selepas membuat pengumuman rasmi pada Isnin lalu, sekali gus menamatkan teka-teki mengenai hubungan istimewa mereka.

    Sumber: Threads

    The post ‘Semoga Allah Permudahkan Urusan Fattah & Amira, Tapi Saya Masih Ada Lagi Satu Rahsia’ – Betty Rahmad first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah